500 Sarjan Dilantik Sebagai Pembantu Pegawai Penyiasat - Musa

Diterbitkan: Rabu, 24 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR : Lebih 500 anggota baru berpangkat Sarjan akan diambil tahun ini sebagai Pembantu Pegawai Penyiasat bagi mempercepatkan lagi siasatan kes jenayah oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata mereka yang dilantik kelak perlu mempunyai kelulusan minimum peringkat diploma dan tugas mereka ialah bagi membantu meringankan beban tugas Pegawai Penyiasat yang kini terpaksa menyiasat kes yang banyak.

"Berdasarkan kajian PDRM, seorang Pegawai Penyiasat kini terpaksa menyiasat 15 kes sebulan, dan dengan pelantikan Sarjan ini sebagai Pembantu Pegawai Penyiasat, disasarkan Pegawai Penyiasat hanya menyiasat lima kes sebulan," katanya sempena sambutan Hari Polis ke-203 pada Khamis.

Beliau berkata empat orang Sarjan akan diletakkan untuk bertugas di bawah seorang Pegawai Penyiasat.

"Dengan usaha ini, sesuatu tugas dapat dijalankan dengan lebih profesional dan membantu meningkatkan mutu dan perkhidmatan PDRM di mata masyarakat," katanya.

Musa berkata para Sarjan tersebut akan diserap sebagai Pembantu Pegawai Penyiasat di setiap jabatan PDRM seperti Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan Jabatan Siasatan Jenayah.

Beliau berkata PDRM juga mempunyai rancangan untuk menambah lebih 10,000 anggota polis wanita di seluruh negara bagi menyandang pelbagai jawatan dan pangkat.

Mereka akan diserapkan ke pelbagai jabatan dan kawasan, termasuk di mana mereka akan diberi tanggungjawab untuk membuat keputusan, katanya.

"Penambahan anggota polis wanita adalah perlu memandangkan kini terdapat banyak kes jenayah yang melibatkan kaum wanita yang memerlukan tindakan penguatkuasaan dari kalangan anggota polis wanita sendiri," kata Musa.

Berhubung pembanterasan jenayah global, beliau berkata PDRM akan mengadakan lebih banyak kerjasama dengan polis negara lain.

"Sebagai contoh, kes jenayah pengedaran dadah yang memerlukan pertukaran maklumat antara negara, di mana saya sudah memohon supaya pegawai PDRM dapat ditugaskan di negara-negara sumber jenayah ini seperti Pakistan, India dan Iran," katanya.

Sempena sambutan Hari Polis, Musa menasihati para anggota PDRM supaya menjalankan tugas dengan lebih tegas dan berhemah.

"Setiap anggota perlu mempunyai integriti yang tinggi termasuk menolak rasuah, bagi mendapatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat. Mereka juga perlu mesra kepada mangsa jenayah dan orang yang memerlukan bantuan," tegas beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan