Sulaiman Meninggal Dunia: Negara Kehilangan Pemimpin Contoh

Diterbitkan: Selasa, 23 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemergian bekas Menteri Pertanian, Tan Sri Dr. Sulaiman Daud disifatkan sebagai kehilangan besar kepada negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Allahyarham merupakan seorang pemimpin contoh yang sentiasa memberi perkhidmatan cemerlang sepanjang berkhidmat selama lebih 30 tahun sama ada dalam parti mahupun kerajaan.

"Beliau yang memegang berbagai-bagai jawatan melaksanakan semua tugasnya dengan begitu baik.

"Jasa-jasa beliau kepada negara amat banyak sekali dan kita terhutang budi atas pengorbanan beliau kepada negara," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi jenazah yang dimandi dan disembahyangkan di kediaman beliau di Jalan Gurney, di sini hari ini.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 77 tahun dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) 12.30 malam tadi setelah mengadu sakit dada di rumahnya sebelum dikejarkan ke Unit Rawatan Koronari dan disahkkan meninggal dunia pada pukul 8.10 pagi ini.

Sulaiman meninggalkan empat anak, Dr. Mahadhir, 41, Norshida, 39, Zelda Raha, 36 dan Azman Azam, 32 serta 16 orang cucu.

Muhyiddin merupakan sebahagian pemimpin yang menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang pernah memegang jawatan Menteri Pelajaran, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1990-1991) dan jawatan terakhirnya, Menteri Pertanian.

Sulaiman juga bekas Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak dan bekas anggota Parlimen Petra Jaya, Sarawak selain pernah menjawat jawatan lain seperti menteri di peringkat persekutuan, bermula dengan Menteri Wilayah Persekutuan pada 19 Mac 1981.

Sebelum itu, Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berangkat menziarahi jenazah kira-kira pukul 12.15 tengah hari sebelum turut sama menyembahyangkan jenazah Allahyarham.

Hadir sama, pemimpin dan bekas pemimpin negara termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Menurut Dr. Mahathir, Allahyarham tidak pernah menunjukkan sebarang tanda-tanda apatah lagi bercerita tentang penderitaan beliau akibat penyakit yang ditanggungnya.

Namun, beliau tahu sahabat lamanya itu sedang menanggung penderitaan tetapi menjalankan tugas seperti biasa.

"Saya kenal dengan dia lama, cukup rajin bekerja dan tak timbul masalah. Kalau dilantik pun, tak dilantik pun dia tak kacau.

"Selepas dia bersara, (Allahyarham) buat kerja kebajikan. Dia, nak kata selalu gembira tidaklah, tapi tak pernah tunjuk dia susah atau dia sakit. Tapi saya tahu," ujarnya sebak.

Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Allahyarham mewakili generasi pemimpin lama yang telah menabur jasa lebih dari 30 tahun dalam bidang pentadbiran negara.

Katanya, sebagai rakan lama yang karib kepada Allahyarham, beliau berpendapat bahawa jasa-jasa Sulaiman sepanjang pentadbirannya sebagai bekas Menteri Pelajaran, Menteri Pertanian dan pengalamannya dalam Kementerian kemajuan tanah dan wilayah sangat besar ertinya kepada negara.

Sementara itu, anak Allahyarham, Zelda Raha, 36, ketika menceritakan peribadi bapanya cukup terharu dengan kedatangan begitu ramai pemimpin negara yang memberi penghormatan terakhir kepada beliau.

Katanya, Dr. Sulaiman adalah bapa yang penyayang lebih-lebih lagi kepada kepada semua anak-anak dan cucunya.

"Allahyarham merupakan seorang pejuang, sejak tahun 1980-an telah berjuang dengan bermacam-macam jenis penyakit termasuk kanser paru-paru, usus dan hati tetapi melakukan apa sahaja untuk meneruskan kehidupannya.

"Kami semua puas menjaga arwah sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir pagi tadi," katanya.

Menurut Zelda Raha, bapanya terpaksa dimasukkan ke HKL lima hingga enam kali sejak minggu lalu kerana keadaan penyakitnya yang semakin tenat.

Sebelum meninggal dunia, Allahyarham berpesan agar mereka menjaga antara satu sama lain.

"Sejak arwah ibu meninggal dunia, bapa berpesan agar dia dikebumikan sebelah kubur ibu kerana arwah sangat menyayanginya," tambahnya lagi.

Isteri Allahyarham, Puan Sri Naemah Hasbi meninggal dunia pada 26 Mac 2005 akibat barah paru-paru.

Jenazah Allahyarham diterbangkan ke Sarawak pukul 6 petang ini untuk dibawa pulang ke rumah ibu mertuanya di Kuching sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Lembaga Masjid Bahagian Kuching, esok.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan