Program Pembaikan Sekolah Dilaksana Hujung Bulan Ini - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 23 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan melaksanakan Program Pembaikan Sekolah (SIP) mulai hujung bulan ini bagi membantu sekolah-sekolah yang belum mencapai tahap Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) melonjakkan prestasi mereka.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah itu bagi memberi peluang semua sekolah, tidak kira sama ada di bandar atau luar bandar, mendapat pengiktirafan sebagai SBT.

"Menerusi sistem baru ini setiap sekolah akan dinilai dan kementerian melalui para pegawai akan bekerjasama dengan pihak sekolah untuk mengambil langkah yang sewajarnya bagi membaiki kelemahan tertentu sekolah itu," katanya menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) di Parlimen di sini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata SIP mengandungi dua intipati utama iaitu toolkit pembangunan prestasi sekolah (SIT) bagi menganalisis kekuatan dan kekurangan sesebuah sekolah berdasarkan kepimpinan, guru, murid dan ibu bapa serta infrasruktur.

"Hasil daripada analisis SIT itu setiap sekolah akan merangka dan merancang Pelan Pembangunan Prestasi sekolah masing-masing dan akan diserahkan kepada kementerian untuk dianalisis bagi menentukan pelan terbaik untuk sekolah itu," katanya.

Muhyiddin berkata pemilihan SBT perlu dilakukan secara berperingkat memandangkan sekolah yang terlibat perlu melalui proses tertentu bagi memastikan mereka benar-benar layak.

"Kita tak mahu mudah sangat memberi kelayakan pada sekolah itu dan untuk sekolah-sekolah ini layak digelar SBT, mereka perlu memenuhi kriteria yang tinggi dan untuk peringkat awal ini kita masih kekalkan hanya 20 SBT pada masa ini.

"Selain itu kita juga menghadapi masalah kekangan kewangan memandangkan sekolah-sekolah ini perlu dibantu bagi mereka mempertahankan kedudukan mereka sebagai SBT," katanya.

Noraini dalam soalannya ingin tahu mengapa Kementerian Pelajaran memilih SBT secara berperingkat dan tidak secara terus iaitu 100 buah sekolah sekaligus pada tahun ini seperti yang disasarkan.

Menjawab soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Muhyiddin berkata kerajaan akan mencergaskan semula institut pendidikan aliran teknikal dan vokasional bagi melahirkan kumpulan separa mahir dan terlatih yang diperlukan untuk mengisi keperluan negara.

Di samping itu beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan penerima Biasiswa Nasional yang dipilih berdasarkan merit tanpa mengira latar belakang kaum, tidak lama lagi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan