Penerbangan Ihsan Bawa Pesakit Kanser Otak Ke HKL

Diterbitkan: Selasa, 23 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG: Seorang pesakit kanser otak yang memerlukan pembedahan segera diterbangkan dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dengan menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), di sini hari ini.

Muhammad Fadhil Azizi Abdullah, 29, diterbangkan menggunakan pesawat CN 235 dari Kuala Terengganu pada pukul 2.30 petang dan sampai ke Pangkalan Udara Subang pukul 3.20 petang sebelum dibawa terus ke Hospital Kuala Lumpur.

Menurut satu kenyataan TUDM, bantuan segera itu akan membolehkan pembedahan bagi membuang ketumbuhan di otak Muhammad Fadhil dilakukan di HKL berikutan ketiadaan kemudahan rawatan itu di HSNZ.

Penerbangan itu diketuai Mejar Rafiddee Dollah dan dibantu Kapten Shaifuddin Nordin. Turut menemani Muhammad Fadhil adalah ibunya Siti Zubaidah Jusoh serta pegawai perubatan Dr Nurzulsarina Awang dan Dr Tengku Hasnita Tengku Hussin dan jururawat Maznizalaily Fazariah Abdul Malek dan Nor Hasanah Mohd. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan