Lompat Parti: Zahrain Tidak Akan Tarik Balik Kenyataan

Diterbitkan: Selasa, 23 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohamed Hashim tidak akan meminta maaf dan menarik balik kenyataannya yang menamakan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh sebagai antara nama yang diumpan untuk lompat parti dalam rancangan 16 September 2008.

Beliau berkata, tindakan meminta maaf dan menarik balik kenyataan adalah tidak relevan memandangkan beliau tidak berniat untuk memanjangkan isu 16 September itu atau mencemarkan nama Ahli Parlimen Kalabakan itu.

"Minta maaf untuk apa? Saya hanya cerita apa yang Anwar cerita pada saya. Menurut Anwar, Kalabakan (Abdul Ghapur) antara nama yang disebut yang akan melompat.

"Niat saya hanya untuk cerita pada orang, kekecewaan saya pada parti (PKR) dan kenapa saya keluar parti, itu sahaja. Tiada niat untuk memperkecilkan beliau," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Terdahulu, dalam sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Abdul Ghapur membidas tindakan Zahrain yang hanya mendedahkan separuh sahaja nama Ahli Parlimen yang akan melompat parti bagi menjayakan kerajaan bayangan Anwar pada 16 Sept 2008.

Mengenai cabaran Abdul Ghapur supaya beliau mendedahkan nama Ahli Parlimen yang selebihnya yang diumpan untuk lompat parti, Zahrain berkata, beliau mahu bangun untuk menjelaskan perkara itu ketika Abdul Ghapur 'menyerangnya' tetapi Abdul Ghapur tidak melayan permintaan beliau. "Saya nak bangun bagi penjelasan tapi dia tak bagi...tidak relevan untuk jawab cabaran itu tetapi saya memang tahu ada 34 hingga 40 nama lagi tapi saya rasa dia pun tahu sebab dia pun kawan Anwar," katanya.

Ketika ditanya apakah perasaan beliau ketika "diserang" oleh Abdul Ghapur, Zahrain berkata, beliau sangat kecewa dan merasakan tindakan itu sebagai serangan peribadi. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan