Kerajaan Tidak Kawal Kadar Yuran Belajar Institut Memandu

Diterbitkan: Selasa, 23 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak mengawal kadar yuran belajar memandu yang dikenakan institut memandu kecuali kadar bayaran belajar dan kadar lesen memandu motosikal kelas B2.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, kerajaan berpendapat bahawa pendekatan "market force" ketika ini iaitu tanpa penetapan harga ke atas bayaran latihan di institut memandu akan mewujudkan persaingan sihat dan kadar bayaran latihan belajar memandu akan menjadi lebih kompetitif.

"Ia juga memberi peluang kepada calon-calon pemandu untuk memilih institut memandu yang menawarkan harga yang berpatutan bagi mengikuti latihan pemanduan.

"Bagaimanapun, semua institut memandu telah disyaratkan mempamerkan kadar bayaran yang dikenakan untuk mendapatkan lesen memandu," katanya ketika menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) di Dewan Rakyat hari ini.

Kok meminta Menteri Pengangkutan menyatakan harga yang ditetapkan oleh kementerian dalam kursus pembelajaran memandu.

Ahli Parlimen Seputeh itu juga ingin tahu langkah yang diambil kementerian untuk mencegah rasuah dalam peperiksaan memandu dan juga institut pengajaran memandu yang sengaja menaikkan yuran belajar memandu.

Abdul Rahim berkata, kerajaan membuat naziran dan pemantauan dari semasa ke semasa terhadap operasi institut memandu bagi memastikan peraturan yang ditetapkan dipatuhi sepenuhnya.

Beliau berkata, kegagalan mematuhi peraturan seperti tidak mempamerkan kadar bayaran yang dikenakan, boleh menyebabkan permit institut memandu berkenaan digantung atau dibatalkan.

"Di samping itu, Jabatan Pengangkutan Jalan juga menjalankan pemantauan secara mingguan dan ad-hoc bagi kes-kes yang ada aduan untuk menangani isu-isu penyelewengan dan rasuah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan