KDN Tiada Maklumat Ada ‘Campur Tangan’ Pihak Ketiga Dalam PDRM

Diterbitkan: Selasa, 23 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih belum menerima aduan berhubung campur tangan ‘pihak ketiga’ dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti yang didakwa oleh Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan.

Menterinya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menegaskan bahawa tidak ada pihak boleh campur tangan dalam urusan dalaman PDRM.

“Belum, saya belum mendengar aduan itu dan dia tidak timbulkannya dengan saya. Jika ada campur tangan pihak ketiga untuk mempengaruhi polis, beritahu saya. Kedua, saya rasa polis juga boleh bertindak sendiri.

“Adalah menjadi tanggungjawabnya untuk bertindak ke atas mereka (pihak ketiga). Kita tak benarkan pihak ketiga campur tangan mentadbirkan pasukan polis,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini semalam.

Semalam, laporan sebuah akhbar menyebut pendedahan Musa bahawa kebelakangan ini ada tekanan terhadap pasukan polis, sama ada daripada pihak politik atau orang-orang tertentu.

Menurutnya, mereka cuba memberi tekanan, mungkin kerana kurang selesa dengan tindakan yang beliau arahkan.

Musa berkata, hanya KPN yang boleh memberi arahan berdasarkan Seksyen 4 Akta Polis 1957.

Sehubungan itu, beliau berharap agar perkara sedemikian perlu dihentikan kerana pentadbiran kepolisian dan segala tindakan dan operasi dijalankan adalah di bawah bidang kuasa KPN dan pegawai atasan yang mengendalikan operasi berkenaan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan