Ibrahim Ali Cadang Saiful Jumpa Yusuf Al-Qaradhawi

Diterbitkan: Selasa, 23 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali semalam mencadangkan Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bertemu dengan Pengerusi Persatuan Ulama Sedunia, Yusuf Al-Qaradhawi untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku dalam kes liwat tersebut.

Menurutnya, perjumpaan itu perlu diadakan segera kerana pembangkang telah bertindak mengedarkan rakaman yang mengadungi fatwa terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh ketua pembangkang itu.

“Pembangkang sengaja mencipta satu persepsi bahawa ketua pembangkang dizalimi, kononnya ini satu konspirasi kedua oleh kerajaan,” katanya ketika membahaskan usul titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini semalam.

Beliau berkata tindakan tersebut perlu segera dilakukan kerana tindak tanduk Anwar benar-benar mengancam keselamatan negara kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengedarkan risalah yang mendakwa Ketua Pembangkang tidak meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Saya terima laporan, ada risalah yang diedarkan oleh PKR di masjid-masjid di kawasan luar bandar.

“Dalam risalah yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menyebut tidak berlakunya kes liwat berdasarkan laporan perubatan yang diperoleh daripada tiga doktor perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

Bagi mengatasi masalah tersebut, Ibrahim berkata beliau akan menyerahkan kandungan ucapan tokoh Maal Hijrah tersebut agar ia tidak disalahtafsir dan digunakan oleh pihak pembangkang untuk tujuan peribadi.

“Saya juga minta Kementerian Dalam Negeri supaya menyiasat. Jika ini berterusan, sistem perundangan negara kita akan jadi bahan lawak.

”Biar Saiful angkat sumpah depan Yusuf al-Qardhawi dan jelaskan perkara sebenar,” katanya.

Anwar, 63, yang juga ketua Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) minta dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful, 25, di Bukit Damansara pada 26 Jun, 2008.

Dalam perkembangan berkaitan, Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Peribumi Perkasa (Perkasa) meminta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja atau mengadakan inkues bagi menyiasat Anwar berhubung kes liwatnya yang sedang dibicarakan.

Menurut Ibrahim, langkah tersebut perlu segerakan dilaksanakan kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu telah merosakkan sistem kehakiman negara.

“Saya melihat tindakan ketua pembangkang dalam menangani kes liwat sudah benar-benar mengancam keselamatan negara.

“Oleh itu, mengambil kira pandangan yang didedahkan Bayan Baru bersabit kegagalan 16 September dan mengambil kira nama Yang di-Pertuan Agong, Ketua Angkatan Tentera Malaysia digunakan, saya cadangkan supaya satu suruhanjaya diraja, dibuat satu kertas putih, atau dibuat satu inkues, untuk mendedahkan siapa ketua pembangkang ini sebenarnya,” katanya.

Tegasnya, Anwar juga telah menggunakan pengaruh luar untuk meraih sokongan terhadapnya.

“Ini dapat dilihat melalui kenyataan Ahli Parlimen Australia yang mendakwa perbicaraan itu merupakan ciptaan untuk merosakkan karier politik Anwar,” ujarnya.

Bulan lalu, 60 Ahli Parlimen Australia telah menghantar surat bantahan kepada Surat bantahan ke atas perbicaraan ke atas Anwar itu ditandatangani 60 orang ahli parlimen negara tersebut

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan