ADUN Titi Tinggi, Perlis Berhasrat Letak Jawatan

Diterbitkan: Selasa, 23 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Titi Tinggi, Yip Sun Onn berhasrat meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan itu selepas dilaporkan kecewa kerana tidak dilantik semula sebagai Anggota Exco Kerajaan negeri.

Beliau dikatakan telah menyerahkan surat itu kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Datuk Yazid Mat.

Yazid mengesahkan menerima surat berkenaan daripada Yip yang juga Naib Ketua MCA bahagian Padang Besar pukul 3 petang semalam dan menasihatkan Yip yang juga bekas pemberita sambilan Guan Ming Daily itu supaya mempertimbangkan keputusan itu.

Sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan Yip, 52, kecewa kerana tidak dilantik semula sebagai anggota Exco kerajaan negeri yang disandangnya sejak dua tahun lalu apabila namanya tidak disenaraikan dalam majlis mengangkat sumpah di Istana Arau, Jumaat lalu.

Sebaliknya ADUN kawasan Indera Kayangan, Dr Por Choo Chor dilantik ke jawatan itu dan mengangkat sumpah di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu menasihatkan Yip supaya menimbang semula keputusannya untuk melepaskan jawatan yang disandangnya sejak pilihan raya umum ke-12.

Md Isa berkata, pelantikan Dr Por sebagai anggota Exco menggantikan Yip diputuskan oleh MCA pusat dan bukan Barisan Nasional (BN) Perlis.

"Saya harap rakan-rakan dari MCA memberi sokongan kepada beliau agar tidak mengekalkan keputusannya itu," kata Menteri Besar ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri Perlis di Dewan 2020, hari ini.

Bagaimanapun, Yip gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan mengenai hasratnya meletakkan jawatan.

Di Putrajaya, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusoff berkata, belum ada keputusan rasmi tentang kekosongan di kerusi Titi Tinggi.

Katanya, pihaknya belum menerima sebarang hitam putih berkenaan peletakan jawatan Yip.

"Kita ada mendengar desas-desus mengenai perkara itu (melalui media) tapi kita belum mendapat keputusan rasmi. Mungkin surat itu akan tiba dalam dua atau tiga hari lagi.

"Kita hanya boleh mengambil tindakan jika mendapat surat atau kenyataan rasmi tentang kekosongan itu," katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan