SPR Umum Keputusan Cadangan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan Selasa

Diterbitkan: Isnin, 22 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat pengumuman rasmi berhubung keputusan sama ada suruhanjaya itu akan menerima atau menolak cadangan mengadakan pilihan raya untuk ahli majlis kerajaan tempatan Selasa ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung keputusan yang akan diumumkan oleh badan itu.

"Kita tunggu pengumuman rasmi SPR Selasa ini,” katanya dalam satu pesanan ringkas kepada mStar Online hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas perkembangan terkini mengenai keputusan sama ada SPR akan menerima atau menolak cadangan untuk mengadakan pilihan raya untuk ahli majlis kerajaan tempatan yang diminta oleh kerajaan Pulau Pinang dan Selangor baru-baru ini.

Selasa lalu, SPR menyatakan bakal mengumumkan pendiriannya minggu depan berhubung pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang disyorkan oleh Pulau Pinang dan Selangor.

Abdul Aziz berkata, kajian teliti perlu dilakukan dari segi Perlembagaan dan undang-undang berkaitan sebelum menjawab dua surat yang diterima daripada kedua-dua Kerajaan Negeri tersebut.

Menurutnya, langkah itu bagi memastikan jawapan yang akan diberikan kepada mereka tepat dan betul dan mereka benar-benar faham mengenai kedudukan perkara itu pada masa ini serta akan menghantar surat kepada kedua- dua Kerajaan Negeri iti terlebih dahulu sebelum mengumumkan pendirian SPR selewat-selewatnya minggu depan.

Baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menulis surat rasmi kepada SPR meminta suruhanjaya berkenaan mengadakan pilihan raya memilih anggota majlis tempatan bagi kedua-dua negeri itu.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan