Pencalonan Bagi Pemilihan Baru MCA Bermula

Diterbitkan: Isnin, 22 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pencalonan bagi pemilihan baru MCA pada 28 Mac ini, dibuka di Wisma MCA di sini pada pukul 1 tengah hari dan dijadual ditutup pada pukul 5 petang.

Setiausaha agung parti Datuk Wong Foon Meng mengumumkan secara rasmi bermulanya proses pencalonan itu yang akan diikuti dengan tempoh bantahan selama 30 minit.

Proses pencalonann itu bermula agak lembap dengan beberapa calon tiba di dewan membawa kertas pencalonan masing-masing tetapi kemuncak pencalonan dijangka bermula pada kira-kira pukul 3 petang di mana mereka yang akan bertanding bagi jawatan utama dan tertinggi parti akan menyerahkan kertas pencalonannya.

Sebanyak 31 jawatan akan dipertandingkan, termasuk jawatan presiden dan timbalan presiden, empat jawatan naib presiden dan 25 untuk anggota jawatankuasa pusat (CC).

Jawatan presiden dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat, bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting dan bekas timbalan presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Pemilihan baru itu diadakan berikutan peletakan beramai-ramai 22 anggota CC parti pada awal bulan ini.

Pemilihan parti terakhir diadakan pada Oktober, 2008. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan