Pemuda Umno Kedah Buat Laporan Polis Terhadap Anwar

Diterbitkan: Isnin, 22 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pemuda Umno Kedah hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika merancang mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008.

Ketuanya Badrolhisham Hashim yang diiringi kira-kira 50 anggota Pemuda Umno itu dan Pemuda Barisan Nasional (BN) membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Setar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPD Alor Setar, DSP Fiesal Libertus Abdullah mengesahkan menerima laporan Pemuda Umno Kedah itu terhadap Anwar.

Bekas ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Seri Zaharain Mohamed Hashim yang juga Anggota Parlimen Bebas Bayan Baru mendedahkan perkara itu di Parlimen minggu lepas ketika membahaskan usul menjunjung kasih terhadap titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin semasa merasmikan sidang Parlimen. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan