NGO Fail Saman Terhadap Sisters In Islam

Diterbitkan: Isnin, 22 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menfailkan saman pemula terhadap Sis Forum (Malaysia) di sini bagi melarang pertubuhan itu menggunakan nama Sisters In Islam sebagai nama dan pengenalan organisasi.

Dewan Pemuda Masjid Malaysia memfailkan saman itu melalui Pengarah Eksekutifnya Mohd Taqiuddin Abdullah di pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini menerusi Sahlan & Associates.

Organisasi itu menamakan Sis Forum (Malaysia) sebagai responden.

Dalam saman pemula itu, Dewan Pemuda Masjid memohon perintah satu deklarasi bahawa nama organisasi responden yang sah di sini undang-undang bukanlah Sisters In Islam dan memohon satu perintah bahawa responden tidak dibenarkan dan dilarang daripada menggunakan nama Sisters In Islam sebagai nama dan pengenalan yang menunjukkan identiti responden dalam mana-mana risalah, surat-menyurat, penerbitan dan/atau kenyataan responden sama ada di internet, media cetak dan elektronik sehingga ia dibenarkan di sisi undang-undang.

Pemohon juga memohon perintah memaksa responden mengeluarkan nama 'Sisters In Islam' daripada papan tanda laman web responden, bahan-bahan cetak dan penerbitan responden dan menghalang responden daripada mengedarkan bahan-bahan terbitan, cetakan dan siaran yang menggunakan nama Sisters In Islam sehingga responden dibenarkan secara sah di sisi undang-undang.

Pemohon juga memohon kos dan relif lain.

Menerusi afidavit sokongan, Mohd Taqiuddin mendakwa Sis Forum telah melanggar Akta Syarikat 1965 iaitu menggunakan nama 'Sisters In Islam' sebagai nama organisasi dalam kegiatan seperti penulisan artikel, penerbitan dan kenyataan akhbar.

Beliau mendakwa berdasarkan 'Memorandum Of Association' milik responden, tiada dinyatakan bahawa matlamat penubuhan dan objektif mereka adalah untuk wanita Islam tetapi lebih kepada gerakan feminisme sekular yang menyokong dasar kesamarataan antara lelaki dan wanita.

Mohd Taqiuddin juga mendakwa responden banyak kali menggunakan nama 'Sisters In Islam' dalam mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan syariat Islam seperti poligami dalam Islam, pegangan agama anak di bawah umur dan mempertikaikan hukum pakaian menutup aurat dan pakaian yang diwajibkan ke atas wanita Islam.

Dakwanya lagi, perbuatan responden menggunakan nama tersebut menggambarkan seolah-olah sebagai organisasi Islam hingga mengelirukan orang ramai dan kenyataan yang dikeluarkan mencetuskan ketidaktenteraman awam dan menghina Islam. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan