Dosh Tidak Dedah Laporan Akhir Siasatan Keruntuhan Jaya Supermarket

Diterbitkan: Isnin, 22 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Dosh) pada masa ini tidak berhasrat mendedahkan laporan akhir Jawatankuasa Penyiasatan Keruntuhan Bangunan Jaya Supermarket (JPKBJS) kepada umum.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukim berkata ini kerana Dosh akan menggunakan dokumen rahsia itu untuk tindakan pendakwaan terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam kemalangan itu bagi mengelak berlaku sub-judis.

"Laporan hasil siasatan tragedi bangunan Jaya Supermarket runtuh di Seksyen 14, Petaling Jaya pada 28 Mei 2009 disediakan JPKBJS.

"Ia mengandungi maklumat daripada laporan yang disediakan oleh agensi lain iaitu DOSH dan diklasifikasi sebagai rahsia di bawah Akta Rahsia 1972 (Akta 88)," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) yang ingin tahu mengenai laporan hasil siasatan tragedi itu dan pihak bertanggungjawab dalam kejadian itu.

Lajim berkata Dosh kini dalam proses mengambil tindakan pendakwaan terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam kemalangan itu dan perkara itu kini di peringkat akhir Jabatan Peguam Negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan