Umno Pasir Puteh Hantar Surat Bantahan Kepada Tengku Razaleigh

Diterbitkan: Ahad, 21 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Umno Bahagian Pasir Puteh menghantar surat bantahan kepada Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kerana kecewa dengan pendirian pemimpin veteran Umno itu berhubung isu royalti minyak.

Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh Zawawi Othman berkata pihaknya kecewa dengan tindakan Tengku Razaleigh yang menyatakan pendiriannya bertentangan dengan kerajaan pusat kerana hakikatnya Kelantan tidak layak menerima bayaran royalti minyak lima peratus itu.

"Satu surat bantahan berkaitan kehadiran Tengku Razaleigh pada majlis ceramah khas pada 28 Jan lepas telah dihantar semalam kepada Tengku Razaleigh," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zawawi berkata salinan surat itu juga dihantar kepada Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak serta Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk tindakan lanjut. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan