Selangor Terus Catat Kes Denggi Tertinggi

Diterbitkan: Ahad, 21 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Selangor terus mencatatkan jumlah kes demam denggi tertinggi iaitu sebanyak 5,137 kes sejak awal tahun ini hingga semalam, dengan 20 peratus ataupun 1,009 daripadanya berlaku di sini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata dalam tempoh tersebut, Seksyen 7 di sini melaporkan sebanyak 171 kes demam denggi berbanding 92 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas, peningkatan kes sebanyak 185 peratus.

"Setakat ini, terdapat 34 kawasan panas denggi di Selangor dan Seksyen 7, Shah Alam adalah salah satu lokasi kawasan berkenaan. Kawasan Seksyen 7 mengalami wabak denggi selama 52 hari," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen 'Aedes Pupus Denggi Lupus' di sini.

Rosnah berkata kawasan panas dikategorikan sebagai kawasan yang mengalami wabak denggi melebihi tempoh sebulan.

Beliau juga berkata kadar pembiakan nyamuk aedes di Seksyen 7 masih tinggi iaitu melibatkan antara 3.9 peratus hingga 33 peratus.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Rosnah berkata penyemburan racun serangga atau "fogging" yang dilakukan jabatan kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan tidak dapat menyelesaikan masalah wabak denggi di negara ini.

"Semburan tersebut hanya dapat meredakan penularan jangkitan tersebut seketika, tetapi tidak dapat menghapuskan jejentik nyamuk yang berada dalam takungan air," katanya.

Rosnah juga berkata daripada sejumlah 3.5 juta premis yang diperiksa sepanjang tahun lepas, 46,848 premis dikenalpasti sebagai kawasan pembiakan nyamuk Aedes.

Beliau juga berkata sebanyak 11,113 kes demam denggi melibatkan 40 kematian dilaporkan di seluruh negara sejak awal tahun ini hingga semalam, berbanding 11,904 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan