Politik Pelbagai Kaum Adalah Langkah Ke Hadapan Bagi Malaysia - Ongkili

Diterbitkan: Ahad, 21 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Politik pelbagai kaum merupakan langkah ke hadapan bagi Malaysia selaras dengan konsep 1Malaysia yang diutarakan oleh kerajaan, kata timbalan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Katanya konsep Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal pelbagai kaum merupakan aspirasi pemimpin politik terdahulu termasuk bekas timbalan perdana menteri Allahyarham Tun Ghafar Baba yang melahirkan hasrat itu pada 1999.

"Konsep 1Malaysia ini juga merupakan acuan untuk membina 1BN BN sebagai parti pelbagai kaum yang tunggal," kata Ongkili semasa membentangkan kertas kerja bertajuk "Menginovasikan Politik Malaysia - Pendekatan Pelbagai Kaum" pada sebuah seminar politik anjuran Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) di sini semalam.

Ongkili, yang juga Menteri Sains, Teknoloji dan Inovasi, berkata mengurus harapan masyarakat juga melibatkan peranan kepimpinan yang mantap dan bersikap kesederhanan.

"Kita perlu menumpukan kepada perjuangan ideoloji berbanding hanya memenuhi keperluan asas.

"Perjuangan ideoloji adalah perjuangan untuk membentuk sebuah Malaysia yang adil, saksama, sejahtera dan bersatu padu di mana keperluan asas rakyat dipenuhi," katanya.

Misalnya, katanya, ahli parti-parti politik perlu melihat perjuangan ideoloji dan bukan hanya mementingkan keperluan sendiri seperti jawatan dalam kerajaan, kontrak dan projek kerajaan.

"Kunci kepada kejayaan mengurus sebuah parti pelbagai kaum adalah berdasarkan rakyat dan ahli memahami objektif parti bagi menampung kepentingan semua kaum di negara ini," katanya.

Katanya pemimpin di peringkat persekutuan kini lebih bersedia mendengar dan ikhlas dalam membantu Sabah dan Sarawak serta merapatkan jurang pembangunan antara kedua-dua negeri itu dengan Semenanjung.

"Rakyat kedua-dua negeri itu mempunyai peluang terbaik merapatkan pembangunan sosio ekonomi menerusi BN.

"Misalnya, empat daripada enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mengenai infrastruktur asas di kawasan pedalaman, pendidik yang mampu dan berkualiti, meningkatkan pendapatan golongan miskin dan keselamatan, akan membawa lebih banyak manfaat kepada kedua-dua negeri itu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan