Pemimpin Wanita Perlu Kerap Turun Padang - Rosmah

Diterbitkan: Ahad, 21 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Golongan wanita terutamanya kepimpinan wanita perlu lebih kerap turun padang menyusuri laluan dan perjalanan hidup rakyat sebagai strategi untuk memahami kehendak serta keperluan mereka, kata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

"Saya yakin dengan keupayaan dan kelebihan wanita yang Allah kurniakan kepada kami (wanita) iaitu perasaan yang lebih peka, pemikiran yang lebih wajar, kita akan dapat bersama-sama berganding bahu dengan kaum lelaki untuk merealisasikan konsep 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Mesra Bersama Rakyat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu 2, Parlimen Batu di sini hari ini.

Program itu turut dihadiri Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Rosmah berkata golongan itu juga perlu memberi tumpuan kepada perkembangan generasi muda sejak mereka kecil lagi kerana masa depan negara bergantung kepada generasi berkenaan.

"Merekalah (generasi muda) saham terpenting negara pada masa hadapan. Kalau mereka sering didampingi oleh pemimpin, mereka akan rasa terpimpin dan menghormati kepimpinan kita, sebaliknya jika kita menjauhi rakyat, maka rakyat juga akan menjauhkan diri daripada kita.

"Pada waktu beginilah juga kita melihat bagaimana wanita dan kepimpinan wanita dalam negara kita boleh memainkan peranan untuk benar-benar menunjukkan bagaimana dengan sifat keibuan kita, rakyat negara ini bukan sahaja didahulukan tetapi diberi perhatian pada setiap masa," katanya.

Rosmah berkata pengisian program mesra bersama rakyat itu perlu sentiasa diperbaiki agar kebajikan rakyat terus terjaga dan diutamakan.

"Program yang diadakan hari ini perlu menjadi program yang berterusan. Dalam semangat 'rakyat didahulukan' kita tidak mahu hanya melafazkan slogan tetapi tidak mengisi slogan-slogan ini dengan program yang akhirnya memberi kebaikan kepada rakyat," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan