Pegawai Polis Berpangkat ASP Turut Bertugas Luar Pejabat

Diterbitkan: Ahad, 21 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pegawai polis berpangkat Asisten Superitenden Polis (ASP) ke bawah akan turut menjalankan tugasan luar pejabat seperti rondaan tidak lama lagi, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Ini bermakna hanya pegawai berpangkat Deputi Superitenden Polis (DSP) ke atas sahaja akan berada di pejabat, katanya.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini dalam proses penstrukturan semula pasukan di samping menambah pegawai-pegawai awam dalam pasukan itu yang akan menggantikan pegawai beruniform yang bertugas di pejabat.

"Jika penstrukturan ini diluluskan oleh kerajaan Insya-Allah kita akan mulakan di Bukit Aman di mana pegawai yang berpangkat ASP ke bawah akan menjalankan tugasan luar pejabat bagi meramaikan pegawai di luar untuk memberi fokus kepada mengurangkan kadar jenayah.

"Kita juga telah mengenalpasti 4,000 jawatan dalam PDRM di seluruh negara untuk pegawai awam mengantikan tempat pegawai beruniform yang bertugas di pejabat," kata Musa kepada Bernama di sini.

Selain itu PDRM juga akan melaksanakan 14,000 pengambilan baru anggota dan pegawai polis tahun ini selain mengubah cara latihan kepada anggota-anggota baru.

Beliau berkata pihaknya telah memohon kepada kerajaan untuk menambah seramai 60,000 anggota baru bagi tempoh lima tahun akan datang, namun PDRM baru menerima 7,000 anggota tahun lepas.

"Cara latihan anggota-anggota baru ialah tiga bulan mereka berada di maktab manakala tiga bulan latihan secara praktikal di luar yang akan diperhatikan oleh pegawai-pegawai berpengalaman sebelum mereka masuk semula ke maktab selama sebulan," katanya.

Musa berkata dengan adanya anggota baru nanti, program polis kemasyarakatan dapat dipertingkatkan di samping mewujudkan lebih banyak balai polis komuniti di setiap taman perumahan termasuk di pedalaman bagi mendekatkan pasukan ini dengan masyarakat.

"Kalau boleh kita nak polis berada di merata-rata tempat supaya masyarakat berasa selamat di samping mencapai sasaran 20 peratus penurunan kadar jenayah di penghujung tahun ini," katanya.

Beliau berkata dengan adanya program kemasyarakatan ini pihaknya menerima banyak maklumbalas positif yang mengalakkan daripada masyarakat, malah orang ramai sudah mula menjalankan tugas rondaan bersama-sama polis. "Masyarakat memberi sokongan penuh kepada kita bukan sahaja di kawasan "panas" tetapi di seluruh negara dan kita tidak boleh tumpu di kawasan "panas" sahaja tetapi di semua kawasan perlu diberi tumpuan penuh bagi mengurangkan jenayah," katanya.

Musa berkata tahun ini sahaja seramai 23,000 anggota dan pegawai polis menjalankan tugas-tugas rondaan di seluruh negara yang turut dibantu oleh anggota dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Malaysia (Rela) bagi mengengkang jenayah jalanan.

Selain itu PDRM melalui unit polis marin juga turut meningkatkan kawalan di perairan negara bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan menjadikan pangkalan marin sebagai pangkalan tektikal untuk memudahkan orang ramai membuat laporan polis.

"Kalau pergi di tepi-tepi pantai yang ada pondok polis, di situ juga orang awam boleh membuat laporan polis seperti balai-balai polis yang lain dan tindakan serupa juga akan diambil," katanya.

Beliau berkata ini bagi memudahkan masyarakat membuat laporan polis di mana-mana sahaja di samping menjadikan polis sebagai sahabat kepada masyarakat. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan