Mayat Dua Remaja Lemas Ditemui

Diterbitkan: Ahad, 21 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Dua remaja yang dikhuatiri lemas dalam dua kejadian berasingan di Bukit Kluang dan Beting Lintang di sini semalam, ditemui mati lemas semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata mayat pertama Muhammad Ilyas Razali, 13, yang dilaporkan dipukul ombak besar ketika sedang mencari remis bersama ibu dan sepupunya di pesisiran di pantai Beting Lintang, semalam ditemui kira-kira pukul 12.50 tengahari semalam.

Mayat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah itu ditemui terdampar di Pantai Bukit Tendong oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada polis, rela, dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) kira-kira lima kilometer daripada tempat mangsa dilaporkan hilang.

"Manakala mayat seorang lagi remaja Nor Helmi Zuki, 14, pelajar SMK Sri Aman Pasir Puteh, Kelantan ditemui di Pantai Air Tawar kira-kira pukul 1.49 petang selepas hilang dekat pantai Bukit Keluang semalam," katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Mangsa sebelum itu bersama enam lagi rakannya dari Kelantan dilaporkan datang ke pantai berkenaan kira-kira pukul 5.15 petang untuk mandi-manda sebelum dihanyutkan ombak kuat.

Seorang lagi rakan mangsa Norhisham Mohd Yaakub, 15, dari Pasir Puteh turut lemas dalam kejadian itu, bagaimanapun mayatnya telahpun ditemui petang semalam.

Kamaruddin berkata mayat kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk dibedah siasat. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan