JPJ Lancar 'Ops Checkmate' Kurangkan Kemalangan Maut

Diterbitkan: Ahad, 21 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melancarkan operasi khas yang dinamakan 'Ops Checkmate' dengan tumpuan penguatkuasaan kepada empat sasaran utama dalam usaha mengurangkan kemalangan maut di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata, operasi itu yang bermula sejak 1 Mac lepas sehingga satu tarikh yang tidak ditetapkan tempohnya, merupakan kesinambungan penguatkuasaan Ops Sikap XXI sempena Tahun Baru Cina lepas.

"Operasi khas 24 jam itu melibatkan 1,500 anggota penguatkuasa JPJ dari seluruh negara," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurutnya, sasaran utama tertumpu kepada kesalahan memandu melebihi had laju oleh bas ekspres di lebuh raya, kesalahan lalu lintas, melanggar syarat Pengeluaran Permit Edaran Antarabangsa (ICP) oleh kenderaan asing dan membawa lebih muatan.

Katanya semasa operasi itu, JPJ akan menggunakan pendekatan penguatkuasaan secara penyamaran untuk mengekang pengguna jalan raya daripada melakukan tujuh kesalahan utama yang menjadi penyebab kemalangan.

Tujuh kesalahan tersebut ialah memandu lebih daripada had laju dibenarkan (pemandu bas ekspres), tidak mematuhi lampu isyarat, memandu di lorong kecemasan, memotong barisan, memandu secara merbahaya (menggunakan telefon bimbit), memotong garisan berkembar serta mengekori rapat kenderaan hadapan.

Selain itu, katanya penguatkuasaan juga akan memberi fokus kepada kesalahan pemakaian tali keledar depan dan belakang dan topi keledar sebagai penyumbang utama kematian akibat kemalangan jalan raya.

Menurutnya, sejak operasi bermula sehingga semalam, sebanyak 1,715 kesalahan telah dikesan dengan kesalahan gagal mematuhi peraturan lampu isyarat paling banyak direkodkan iaitu 726 kes.

Ia diikuti dengan kesalahan tidak memakai topi keledar sebanyak 457 kes, memotong barisan (194), tidak memakai tali keledar hadapan/belakang (131), memandu di lorong kecemasan (78), memotong di garisan berkembar (66) dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu tanpa menggunakan alat bebas tangan (63). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan