Serah Pada Pihak Berkuasa Siasat Anwar - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 20 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LIPIS: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan sebarang siasatan berhubung dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan ketua pembangkang itu sebagai Perdana Menteri sekiranya rancangan "16 September" menjadi kenyataan.

Perdana Menteri berkata pihak berkuasa akan meneliti sama ada berlaku pelanggaran undang-undang berhubung dakwaan ketua pembangkang itu.

"Terserah kepada pihak berkuasa, mereka (pihak berkuasa) akan meneliti sama ada apa-apa yang patut dilakukan.

"Dari segi siasatan, mungkin ada undang-undang yang telah dilanggari oleh sesiapa. Saya serah kepada pihak berkuasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan 50 Tahun Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLB&W) di Dataran Lipis, di sini, hari ini.

Dua hari lepas, anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendedahkan dalam sidang Dewan Rakyat berkenaan Anwar yang 'menjaja' nama Tuanku Mizan Zainal Abidin kononnya Seri Paduka menunggu di Istana Negara untuk mengesahkan jumlah anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) yang melompat parti untuk menyertai pembangkang.

Najib berkata beliau percaya rakyat semakin sedar dengan pembohongan yang dilakukan oleh pembangkang yang bercita-cita besar untuk memerintah negara.

Mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan pendedahan Zahrain itu sebagai tidak berakhlak dan sanggup membuka rahsia parti yang pernah disertainya, Najib berkata.

"Nampaknya seorang sahaja buat kenyataan, tidak semuanya (menyokong). Ada yang faham apa yang dibuat itu tidak betul," kata Najib.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis berkenaan, Najib berharap masyarakat luar bandar tidak terperdaya dengan pembohongan pihak tertentu yang kononnya mahu membela nasib mereka.

"Banyak pembohongan telah dilakukan. Bagi mereka (pembangkang) semuanya halal, jual nama Yang di-Pertuan Agong halal, jual nama Panglima Angkatan Tentera pun halal asalkan dapat pergi ke Putrajaya.

"Misi kita (BN) berlainan, misi kita adalah untuk terus membela rakyat. Kerajaan BN akan terus berjuang hingga penduduk luar bandar menjadi masyarakat yang maju," katanya.

Najib berkata rakyat perlu melihat rekod cemerlang kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ternyata bersungguh-sungguh membangunkan negara terutama luar bandar sehingga dianggap terbaik di dunia.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan