Rumah Kelahiran PM Di Kuala Lipis Bakal Jadi Muzium Warisan

Diterbitkan: Sabtu, 20 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEMBIRA ...Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika melawat rumah kelahirannya yang juga bekas rumah kediaman Setiausaha negeri Pahang di Bukit Bius sempena lawatan sehari beliau ke Lipis dekat sini, hari ini. Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal (dua, kiri). -- fotoBERNAMA
GEMBIRA ...Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika melawat rumah kelahirannya yang juga bekas rumah kediaman Setiausaha negeri Pahang di Bukit Bius sempena lawatan sehari beliau ke Lipis dekat sini, hari ini. Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal (dua, kiri). -- fotoBERNAMA

KUALA LIPIS: Rumah kelahiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Bukit Bius di sini akan dijadikan Muzium Warisan Sejarah Kuala Lipis tidak lama lagi.

Yang Dipertua Majlis Daerah Lipis (MDL) Datuk Abu Jamal Nordin berkata hampir RM1 juta dibelanjakan bagi kos konservasi rumah berkenaan sejak 13 Nov 2007 dan siap pada 12 Mei 2008.

Bagaimanapun, katanya, kos tambahan sebanyak RM640,000 diperlukan untuk kerja-kerja akhir melengkapkan muzium itu, dan pembukaannya kelak diharap dapat menjadi tarikan pelancong serta memperkenalkan Kuala Lipis sebagai destinasi pelancongan bertemakan warisan sejarah.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat mengenai bekas rumah kediaman Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang kepada Perdana Menteri di sini hari ini.

Turut hadir pada sesi taklimat itu adalah isteri dan ibu Najib, Datin Seri Rosmah Mansor serta Tun Rahah Mohd Noah.

Abu Jamal berkata mesyuarat yang diadakan pada 22 Sept 2008 membuat keputusan mengenai pengisian muzium berkenaan.

Antaranya ialah sejarah daerah Lipis, sejarah bangunan, sejarah penjajahan British, sejarah Kesultanan Melayu Pahang, tokoh politik daerah, pejuang kemerdekaan daerah, makanan tradisional Lipis dan sejarah perlombongan emas daerah Lipis.

Rumah banglo dua tingkat yang dibina sekitar tahun 1920-an itu merupakan kediaman rasmi Almarhum Tun Abdul Razak Hussein sewaktu beliau menjawat jawatan SUK Pahang, yang juga merupakan tempat kelahiran Najib.

Bangunan itu adalah salah sebuah daripada 14 bangunan yang telah diwartakan MDL sebagai Bangunan Warisan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan