Roadshow Mingguan mStar di Plaza Damas & Tesco Shah Alam, Ahad

Diterbitkan: Sabtu, 20 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Roadshow Mingguan mStar yang masuk minggu yang keempat hari ini akan menemui orang-ramai di Plaza Damas, Sri Hartamas dan Tesco Shah Alam dari jam 12 tengah hari hingga 3 petang Ahad.

Menurut Eksekutif Pemasaran Star Publications (M) Bhd, Nur Afzan Abdul Adziz, lebih kurang 7,000 naskhah Mingguan mStar akan turut diedarkan di kawasan perumahan Seksyen 2 dan Seksyen 13 Shah Alam.

Minggu lepas naskhah promosi Mingguan mStar telah diedarkan di beberapa kawasan perumahan di Setapak, Seksyen 5 dan 6 Wangsa Maju, Taman Setiawangsa, Wangsa Melawati and Taman Melawati.

Kata Afzan, di kawasan pembangunan bercampur, sambutan orang-ramai ke atas akhbar baru berbahasa Malaysia the Star ini sangat memberansangkan.

Mingguan mStar yang dilancarkan oleh Sultan Selangor pada 25 Februari lalu diedarkan sebagai sebahagian daripada sisipan akhbar Sunday Star bermula 28 Februari kini telahpun diterbitkan sebanyak tiga kali dan diedarkan di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan Putrajaya.

Dalam tempoh promosi ini, pembaca yang melanggan akhbar The Star selama tiga bulan juga akan ditawarkan harga istimewa iaitu RM90 berbanding harga biasa RM108 dan akhbar Sunday Star akan diberi percuma beserta kad touch n go bernilai RM20.

Untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi Unit Pengedaran, di talian khas 1-800-88-7827 (Isnin-Jumaat dari jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang).

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan