Pendedahan Zahrain Bukti Ada Pihak Cuba gugat Keamanan Negara

Diterbitkan: Sabtu, 20 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Pendedahan Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengenai usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kerajaan pada 16 Sept tahun lepas, menunjukkan ada pihak cuba menggugat keamanan negara melalui taktik-taktik kotor dan tidak mengikut amalan demokrasi negara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata tindakan itu memalukan rakyat dan negara serta membantut usaha mewujudkan negara yang rakyatnya hidup dalam keadaan harmoni, aman dan damai.

"Pendedahan Yang Berhormat Zahrain itu menunjukkan ada pihak cuba menggugat keamanan negara yang dipilih secara sah oleh rakyat melalui taktik-taktik kotor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Keusahawanan ECER-KPT 2010 di sini, hari ini.

Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, diminta mengulas mengenai tindakan Zahrain mendedahkan taktik Anwar di dalam usahanya mengambil alih kerajaan pusat yang mendakwa tindakannya itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurutnya, usaha yang menyimpang daripada matlamat asal perjuangan untuk membela rakyat hanya akan menghalang keyakinan untuk melihat kestabilan politik negara akan kekal, terutama dalam menarik pelabur asing menanam modal di negara ini.

"Masa sekarang ialah masa untuk kita bekerja untuk mengembalikan keyakinan rakyat dan dunia luar terhadap negara kita supaya berada dalam stabil, aman dan damai tanpa disabotaj oleh mana-mana pihak," katanya.

Beliau berkata tindakan tidak beretika seperti itu amat memalukan dan merugikan negara. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan