Kong Cho Ha Umum Tanding Timbalan Presiden MCA

Diterbitkan: Sabtu, 20 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Kong Cho Ha hari ini mengumumkan beliau akan bertanding jawatan timbalan presiden pada pemilihan MCA yang dijadualkan 28 Mac ini.

Kong yang juga Pengerusi MCA Perak membuat pengumuman itu semasa berucap pada majlis penyampaian watikah kepada 134 Ketua Kampung Baru Cina seluruh Perak di Bangunan MCA Perak di sini yang turut dihadiri pemimpin parti pelbagai peringkat.

Kong adalah calon pertama yang menawarkan diri bagi merebut jawatan berkenaan setakat ini.

Pada pemilihan parti dua tahun lepas, Kong mendapat undi terbanyak semasa memenangi jawatan naib presiden.

Kong berkata beliau membuat keputusan itu selepas mendapat maklum balas daripada akar umbi.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, beliau enggan mengulas apabila ditanya mengenai calon presiden pilihannya.

"Dalam mana-mana pemilihan parti, hanya ada satu jawatan untuk Presiden parti dan kita perlu memilih seorang sahaja...kertas pencalonan belum diserahkan lagi, macam mana hendak pilih," katanya ringkas secara berseloroh.

Bagaimanapun semasa berucap pada majlis itu, beliau menyenaraikan 12 nama pemimpin MCA Perak yang menawarkan diri bagi jawatan anggota Jawatankuasa Pusat (CC) dan meminta semua perwakilan memberikan sokongan kepada mereka.

Manakala di Kuala Lumpur: Ketua MCA Bahagian Kelana Jaya Ong Chong Swen mengumumkan hasratnya bertanding anggota jawatankuasa pusat parti itu.

"Saya berharap perwakilan pusat akan memberi saya peluang menawarkan perkhidmatan saya," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran karnival kesihatan dan kebajikan Umno Kelana Jaya.

Katanya beliau telah menghabiskan masa selama dua tahun menyumbang tenaga di bahagian itu dan bergiat aktif di peringkat parti dan kebangsaan.

Ong berkata beliau telah memulakan laman blognya dan akan menggunakan sepenuhnya saluran itu bagi membolehkan orang ramai mengetahui mengenai MCA bahagian itu dan dirinya. Pencalonan MCA akan diadakan Isnin ini. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan