KDN Serah Kepada Peguam Negara Siasat Kenyataan Zahrain

Diterbitkan: Sabtu, 20 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk menyiasat kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim tentang usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kerajaan pada 16 September tahun lepas.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, tindakan sememangnya boleh diambil terhadap Anwar terutamanya kerana menghasut.

"Saya percaya apabila benda ini (kenyataan Zahrain tentang Anwar) telah dinyatakan di khalayak ramai, Peguam Negara akan melihatnya daripada segi Perlembagaan dan undang-undang," katanya kepada pemberita selepas melawat Pondok Polis Bandar T6 di Taman Sri Lambak di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Zahrain berkata Anwar di dalam usahanya untuk mengambi alih kerajaan pusat pada 16 September tahun lepas mendakwa tindakannya itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Bekas Panglima ATM Tan Sri Abdul Aziz Zainal bagaimanapun menafikan dakwaan Anwar bahawa usahanya itu mendapat sokongan ATM.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pihak berkuasa menyiasat kenyataan Zahrain itu terutamanya berhubung dakwaan Anwar itu.

Hishammuddin berkata, beliau mendengar desas-desus tentang dakwaan Anwar itu tetapi tidak mempercayainya kerana berpendapat tidak ada manusia yang tergamak berbohong mengenai perkara itu.

Bagaimanapun pandangannya itu berubah apabila wakil rakyat Bayan Baru itu membongkar perkara tersebut di Parlimen.

"Dengan pembongkaran (Zahrain) menunjukkan ia adalah sesuatu yang benar. Ia (tindakan Anwar) adalah cukup tidak bertanggungjawab," kata beliau yang juga Naib Presiden Umno.

Mengenai cadangan terhadap pindaan terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA), Hishammuddin berkata, pendekatan yang diambil oleh KDN di dalam meminda AKDN adalah lebih holistik dan bersesuaian dengan situasi masa kini.

Menurutnya, KDN ingin memastikan pindaan terhadap akta itu dilakukan secara serentak dengan pindaan terhadap akta-akta lain yang berkaitan dengan undang-undang pencegahan.

"Pindaan terhadap ISA itu tidak ditangguhkan, tetapi kita berpendapat adalah lebih baik ia dibentang dengan beberapa akta yang berkaitan," katanya.

Katanya, KDN tidak mempunyai masalah untuk meminda akta itu pada sesi persidangan Dewan Rakyat ini jika pindaan terhadap semua akta yang berkaitan itu telah selesai.

KDN menurut Hishammuddin, tidak mahu menyembunyikan sebarang perkara dan akan melakukan pindaan terhadap akta-akta itu secara terbuka. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan