Zainuddin Maidin Dilantik Karyawan Tamu UUM

Diterbitkan: Jumaat, 19 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin dilantik sebagai Karyawan Tamu Universiti Utara Malaysia (UUM) berkuat kuasa 1 Mac lepas.

Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr Nordin Kardi berkata, pemilihan itu dibuat bagi mengiktiraf jasa Zainuddin dalam bidang kewartawanan sejak menceburi bidang itu pada 1957.

"Selain itu, kita juga melihat Tan Sri Zainuddin merupakan wartawan yang mencari pengalaman sambil bekerja malah beliau juga terdidik secara formal dan kombinasi kedua-dua ini mudah-mudahan dapat mencurahkan manfaatnya kepada universiti dan para penuntut UUM," katanya kepada pemberita sempena Majlis Pelantikan Karyawan Tamu di sini, hari ini.

Nordin berkata pengiktirafan itu bukan sesuatu yang baru kepada universiti tetapi menunjukkan "kedewasaan" UUM yang sudah berusia 26 tahun selain sempena Hari Konvokesyen UUM Ke-23 pada 27 hingga 29 Mac ini.

Sementara itu, Zainuddin menganggap pengiktirafan itu merupakan anugerah paling besar kerana UUM merupakan universiti pertama yang melantiknya sebagai Karyawan Tamu dan akan membantunya dalam menghasilkan karya-karya dalam dunia kewartawanan.

"Ini merupakan pengiktirafan di mana yang saya boleh sumbangkan dari segi intelektualit dan kewartawanan dalam bentuk sejarah," katanya.

Zainuddin, 71, anak kelahiran Kedah, dilantik sebagai Karyawan Tamu selama setahun sehingga 1 Mac depan dan dibantu Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad (IPDM) UUM bagi menghasilkan karya-karya beliau selain menyampaikan syarahan dan berkongsi pengalaman dengan mahasiswa-mahasiswi UUM.

Beliau yang juga mantan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan telah menceburkan diri dalam bidang kewartawanan sejak berusia 18 tahun sebagai Wartawan Sambilan di Warta Negara dan seterusnya berhijrah ke Utusan Melayu sehingga menjawat Timbalan Pengerusi Eksekutif, Utusan Melayu (M) Berhad.

Beliau pernah menghasilkan beberapa buku termasuk Yang Pertama dan Yang Terakhir, Mahathir Disebalik Tabir, Tun Razak: Jejak Bertapak Seorang Patriot dan Wira Tak DiDendang (The Unsung Heroes). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan