The Renaissance Man Dokumentasi Intelek Unggul Ungku Aziz

Diterbitkan: Jumaat, 19 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Buku Royal Professor Ungku A. Aziz: The Renaissance Man disifatkan berharga kepada perkembangan institusi pengajian tinggi (IPT) negara sebagai institusi ilmu dan mengiktiraf peranan insan intelektual dalam mencorak perkembangan dunia pemikiran tanah air.

Koleksi dokumentasi mengenai jasa dan sumbangan tokoh cendekiawan negara, Profesor Diraja Ungku Aziz itu diterbitkan Universiti Malaya Press sempena ulang tahun ke-88 beliau baru-baru ini.

Ia menghimpunkan esei oleh bekas rakan sekerja dan mereka yang pernah bekerja di bawah beliau, menggambarkan Ungku Aziz sebagai cendekiawan dan contoh intelek tempatan terunggul tanpa sempadan masa bukan sahaja di dalam malah luar negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Ungku Aziz merupakan 'intelek awam' dan negarawan istimewa yang banyak menabur bakti kepada perkembangan dunia intelektual tanah air pada masa sama begitu komited menyumbang idea bernas ke arah memajukan bangsa dan negara.

"Keistimewaan Pak Ungku sebagai public intellectual terletak pada keupayaan beliau menguasai pelbagai disiplin ilmu dan menggunakan ilmu yang dikuasainya itu untuk mengemukakan pandangan praktikal dan berilmiah kepada sebarang krisis atau isu dihadapi masyarakat.

"Sebagai anak muridnya ketika beliau menjadi Dekan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran juga pensyarah subjek Rural Economy (ekonomi luar bandar), sehingga kini ia menjadi bidang kegemaran saya kerana mendapat Pak Ungku sebagai mahaguru dan mentor yang menjiwai bidang itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran buku Royal Professor Ungku A. Aziz: The Renaissance Man di Auditorium Tun Mohamaed Suffian, Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM) Kuala Lumpur hari ini.

Hadir sama, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Naib Canselor UM, Datuk Dr. Ghauth Jasmon dan bekas Naib Canselor Datuk Prof. Dr. Hashim Yaacob yang juga Ketua Editor untuk buku tersebut.

Antara penulis yang menyumbang ke arah penerbitan buku itu selain Dr. Hashim adalah Prof. Emeritus Datuk Abu Bakar Abd. Hamid, Datuk Dr. Isahak Haron, Prof. Dr. Azizah Hamzah, Datin Paduka Jamilah Ariffin, Prof. Emeritus Dr. K.T. Joseph, Datuk Dr. Mansor Salleh dan Prof. Madya Mohd. Said Mohd. Kadis.

Abu Bakar dan K.T Joseph antara lain menulis tentang sejarah awal Ungku Aziz sebagai tenaga akademik muda di UM selain sumbangan beliau kepada pembentukan dan perkembangan budaya intelektual di kalangan warga universiti.

Pemerhatian penulis turut menyentuh corak kepimpinan Ungku Aziz yang berintegriti dan amanah.

Sementara itu, Ungku Aziz meluahkan perasaan gembiranya terhadap penerbitan buku tersebut yang turut dijadikan salah satu medium mencurahkan idea mengenai tiga elemen penting iaitu perpaduan negara, isu berkaitan Bahasa Melayu dan pembasmian kemiskinan tegar.

"Sebahagian besar rakyat masih gagal menguasai Bahasa Melayu standard dalam pertuturan harian dan menggunakan bahasa rojak untuk berkomunikasi.

"Jika hendak perpaduan jangka panjang, lima atau sepuluh tahun (maka) semua orang mesti boleh berhubung antara satu sama lain dalam Bahasa Melayu betul. Ini menunjukkan dasar ke arah mencapai perpaduan negara masih belum lengkap," ujarnya.

Beliau turut mencadangkan perlaksanaan corak penulisan standard 'chirography' yang digunakan di Amerika Syarikat (AS) dan Perancis ke dalam sistem pendidikan negara bagi menyelaraskan dan mempertingkatkan kemahiran menulis di kalangan pelajar.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan