Saya Sedia Jadi Orang Tengah Untuk Selesaikan Isu Royalti Minyak, Kata Ku Li

Diterbitkan: Jumaat, 19 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menawarkan diri kepada pihak berkenaan untuk menjadi orang tengah dalam menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak khususnya oleh Kelantan.

Beliau berkata sebagai pihak yang turut bertanggungjawab merangka Akta Kemajuan Petroleum 1974 itu, beliau lebih arif mengenai hak negeri dalam menuntut royalti minyak.

Isu ini sepatutnya telah selesai jika Petronas membayar lima peratus daripada hasil minyak kepada kerajaan negeri seperti yang termaktub dalam akta itu, katanya pada majlis Dialog Perdana Isu Royalti Minyak dan Solat Hajat anjuran dua buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan isu itu, di sini.

"Saya bukan nak kritik Kerajaan Pusat, cuma saya nak jelaskan apa yang terdapat dalam undang-undang yang dikuatkuasakan sehingga hari ini", kata bekas Pengerusi Petronas itu.

Bekas Menteri Kewangan itu juga berkata Kerajaan Pusat tidak boleh terlalu bergantung kepada pendapatan hasil minyak oleh Petronas memandangkan sumber itu akan kehabisan pada satu hari nanti.

"Kerajaan mesti pelbagaikan ekonomi, tak boleh lagi bergantung kepada pendapatan minyak semata yang suatu hari nanti akan habis. Maknanya nanti kita kena import minyak dari luar yang lebih mahal. Tak patut kita terlampau bergantung kepada hasil minyak," katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Tengku Razaleigh berkata beliau masih menimbang pelawaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantiknya sebagai pengerusi kaukus mengenai royalti minyak Kelantan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan