Perlu Dedah Perkara Tidak Betul Demi Kebaikan Negara - Johari

Diterbitkan: Jumaat, 19 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Pendedahan seperti yang dibuat Anggota Parlimen Bayan Lepas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengenai rancangan 16 September atau apa sahaja perkara yang tidak betul yang pernah ditimbulkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, amat perlu demi kebaikan negara.

Anggota Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharom berkata, Anwar sudah banyak terpesong dan sering mempelopori isu-isu sensitif terutama berkaitan agama dan bangsa.

"Anwar ni ada kebolehan pusing dan ubah fakta, tindak-tanduk dia (Anwar) jejaskan stabiliti politik negara, kalau tak jaga betul-betul boleh rosakkan negara," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran tranformasi enjin, di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Zahrain yang turut mendakwa bahawa dalam rancangan pada 2008 itu, Anwar memperalat, mempermain dan membohongi anggota Parlimen pembangkang kononnya jumlah wakil Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti sudah mencukupi untuk membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.

Katanya pendedahan mengenai perkara tidak betul yang pernah ditimbulkan Anwar juga memberi kelebihan kepada Barisan Nasional kerana ia menunjukkan perpecahan dalam pakatan pembangkang.

"Sekurang-kurangnya rakyat tahu apa yang berlaku kerana kebenaran akan timbul," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan