Muhyiddin Minta Pihak Berkuasa Siasat Dakwaan Zahrain Tentang Anwar

Diterbitkan: Jumaat, 19 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mahu pihak berkuasa menyiasat dakwaan wakil rakyat Bebas Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menjayakan rancangan mengambil alih kerajaan pusat pada 16 September tahun lepas.

Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno menyifatkan pembongkaran yang dibuat Anggota Parlimen Bebas bagi Bayan Lepas itu sebagai amat serius kerana ia melibatkan nama baik institusi Yang di-Pertuan Agong serta angkatan tentera.

"Pihak yang bertanggungjawab dan berkuasa patut menilai kenyataan yang dibuat oleh Zahrain itu dan mungkin menyiasat lebih lanjut kenyataan itu dan jikalau ia mempunyai asasnya, maka tindakan daripada sudut undang-undang mesti diambil," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran dan pengedaran penerbitan Prospektus Peluang Pendidikan, Latihan dan Kerjaya Edisi 2010/2011 di Pagoh.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zahrain di Dewan Rakyat berhubung cubaan Anwar menjayakan rancangan 16 September 2008.

Muhyiddin berkata, tindakan Zahrain mengeluarkan kenyataannya di Parlimen juga menunjukkan bahawa anggota Parlimen Bebas itu mempunyai bukti yang jelas dan nyata.

"Beliau (Zahrain) juga bersedia untuk bersumpah di Parlimen. Ia bukanlah kenyataan yang boleh dipandang ringan kerana beliau (Zahrain) lebih mengetahui apa yang berlaku di dalam PKR," katanya.

Zahrain menurut beliau merupakan bekas "orang dalam" PKR dan suatu ketika adalah kawan baik Anwar.

Kebenaran kenyataan Zahrain itu, katanya, ditambah lagi dengan ketiadaan kenyataan penafian sama ada oleh Anwar sendiri atau pemimpin-pemimpin PKR terhadap dakwaan oleh Anggota Parlimen Bayan lepas itu sehingga hari ini.

"Sehingga ini, belum ada kenyataan penafian daripada Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR, mungkin ada kebenarannya (kenyataan Zahrain itu)," katanya sambil meminta agar rakyat menilai sendiri tindakan yang dilakukan oleh Anwar itu.

Muhyiddin berkata semua pihak sedang tertunggu-tunggu kenyataan balas daripada Anwar dan turut meminta pemimpin PKR itu tampil ke hadapan menyahut cabaran.

Ketika ditanya berhubung kenyataan Anwar yang menyamakan gagasan 1Malaysia dengan "1Israel", Muhyiddin berkata, ia merupakan satu lagi contoh pembohongan dan fitnah oleh pemimpin PKR itu.

Katanya Anwar serta pemimpin pembangkang yang lain termasuk Lim Kit Siang merasa tergugat dengan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu yang disokong penuh oleh rakyat.

Muhyiddin berkata, tuduhan menyamakan 1Malaysia itu dengan 1Israel itu berniat jahat dan mempunyai muslihat politik. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan