Inisiatif Bantu Pelajar Gagal SPM 2009, Kata Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 19 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran dan Kementerian Sumber Manusia akan berbincang bagi menyediakan kaedah terbaik membantu para pelajar yang kurang berjaya dan gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata pihaknya serta agensi berkaitan akan memikirkan inisiatif bagi membantu pelajar terbabit menguasai kemahiran sesuai supaya mampu meningkatkan bidang pelajaran dan kerjaya mereka.

"Kementerian Pelajaran juga tidak akan meminggirkan sekolah yang memperoleh pencapaian yang rendah.

"Kita akan terus berusaha merapatkan jurang pencapaian gred purata sekolah terutamanya antara sekolah luar bandar dan sekolah bandar," katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2009 di sini hari ini.

Pada majlis itu, Muhyiddin menyampaikan sijil penghargaan kepada 10 buah sekolah pencapaian cemerlang SPM 2009, 10 pelajar cemerlang serta empat pelajar istimewa dan dua pelajar sekolah sukan cemerlang.

Mengenai pemilihan 10 sekolah cemerlang tersebut, Muhyiddin berkata ia dibuat berdasarkan kepada gred purata mata pelajaran yang diambil di sekolah berkenaan.

Pada tahun ini, beliau berkata pencapaian sesebuah sekolah dikategorikan kepada cemerlang, baik, memuaskan dan berpotensi berdasarkan kepada gred purata sekolah masing-masing.

"Tujuannya supaya pengetua dapat mengetahui kedudukan sekolah dan sentiasa berusaha meningkatkan gred purata sekolah masing-masing," katanya.

Timbalan Perdana Menteri juga memuji pencapaian pelajar istimewa yang gigih berusaha untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu walaupun kekurangan daripada segi fizikal.

"Begitu juga dengan pelajar sekolah sukan...walaupun mereka menghabiskan sebahagian besar masa (bersukan), namun pelajar-pelajar ini masih mendapat keputusan terbaik," katanya.

"Ini membuktikan bahawa penglibatan dalam bidang sukan bukan halangan bagi pelajar mencapai kecemerlangan akademik," katanya.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan bantuan modal khas sebanyak RM100,000 bagi membaik pulih Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) San Yuk di Rawang, Selangor yang terbakar selepas diceroboh enam penjenayah, bulan lepas.

Timbalan Perdana Menteri berkata peruntukan tersebut akan disalurkan kepada sekolah berkenaan dengan seberapa segera.

"Kita jangan lupa pada SJKC San Yuk yang hilang harta benda akibat kejadian pecah sekolah. Kementerian Pelajaran amat bersimpati dengan nasib yang dialami oleh seluruh warga sekolah khususnya murid-murid," katanya.

Dalam kejadian itu, SJKC San Yuk diceroboh sekumpulan penjenayah yang bertindak mencederakan dua pengawal keselamatan sekolah dan membakar bilik guru serta kabin mencetak kertas soalan peperiksaan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan