GST Bukan Cukai Tambahan, Kata PM

Diterbitkan: Jumaat, 19 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dicadang dilaksanakan bukan cukai tambahan tetapi bertujuan menggantikan struktur cukai sedia ada, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata tiada tarikh khusus ditetapkan untuk melaksanakan GST selepas bacaan kedua rang undang-undangnya pada sesi Dewan Rakyat kali ini ditangguhkan.

"GST bukan cukai tambahan. Ia bertujuan untuk menggantikan cukai sedia ada dan dibentuk sebagai neutral," katanya.

"Malangnya, terdapat beberapa pihak yang mengganggap sebaliknya dan menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan bilik pameran Audi Kuala Lumpur dan kereta sport Audi R8V10, di sini.

Semasa ditanya sama ada penangguhan bacaan kedua rang undang-undang GST itu sebagai tindakan berpatah balik terhadap dasar kerajaan, Najib berkata: "Ia bukan satu tindakan berpatah balik. Apa yang penting ialah untuk mendapat sokongan daripada rakyat."

Beliau berkata kesan dan hasrat sebenar GST tidak difahami sepenuhnya dan lebih banyak masa diperlukan untuk menjelaskannya kepada rakyat.

Ditanya sama ada GST akan dilaksanakan pada 2011 sebagaimana cadangan asal, beliau berkata tarikh khusus tidak ditetapkan.

"Fasa ini merupakan strategi komunikasi," katanya.

Awal bulan ini, pegawai cukai berkata pelaksanaan GST, berdasarkan kepada anggaran semasa tidak akan membawa kepada kenaikan harga memandangkan ia akan mengimbangi penghapusan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Pengerusi Panel Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussain dilaporkan sebagai berkata dengan GST, pengguna akan membayar 4.0 peratus cukai berbanding dengan cukai perkhidmatan semasa sebanyak 5.0 peratus dan cukai jualan 10 peratus. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan