FOMCA Minta Syarikat Turun Harga Lampu Jimat Tenaga

Diterbitkan: Jumaat, 19 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) hari ini meminta syarikat pengeluar lampu agar mengurangkan harga bagi lampu jimat tenaga berikutan keputusan menghentikan penggunaan lampu pijar secara berperingkat mulai tahun depan.

Ketua Pegawai Operasinya Piarapakaran Subramaniam berkata ketika ini harga lampu jimat tenaga seperti lampu kompak fluorescent (CFL), lampu kalimantang dan lampu LED (Light Emitting Diode) adalah mahal berbanding lampu pijar.

Katanya pengguna lebih berminat membeli lampu pijar kerana harganya lebih murah berbanding lampu CFL dan LED.

"Disebabkan itu, kami meminta syarikat pengeluar lampu mengurangkan harga lampu jenis berkenaan agar ia tidak membebankan pengguna," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, semalam, mengenai penggunaan lampu pijar akan dihentikan bagi menjimatkan penggunaan tenaga di samping mengurangkan penghasilan bahan karbon.

Penggantian lampu tersebut akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun yang bermakna semua jenis lampu pijar tidak akan dijual mulai 2014.

Piarapakaran, yang juga Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM), menyifatkan pelaksanaan dasar tersebut akan menguntungkan semua pihak termasuk pengguna dalam jangka masa panjang.

"Pada peringkat awal, mungkin akan ada sesetengah pengguna tidak berpuas hati dengan penggantian lampu tersebut kerana harganya yang mahal.

"Namun, kita perlu melihat pelaksanaan dasar ini dalam jangka masa panjang. Hanya pada waktu awal pengguna berbelanja lebih tetapi ia membantu mengurangkan kos tenaga elektrik di rumah.

"Sebagai contoh, lampu pijar berkuasa 100 Watt sama terangnya dengan lampu CFL berkuasa 25 Watt. Inilah dinamakan kecekapan tenaga," katanya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan