Warga Emas Tekad Pelihara Empat Anak Terencat Akal

Diterbitkan: Khamis, 18 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Walaupun menghadapi segala kepayahan dan kedaifan hidup bersama empat anaknya yang terencat akal namun seorang ibu tunggal yang juga warga emas bertekad untuk meneruskan kehidupan dengan tabah.

Habshah Said, 82, yang kematian suaminya sejak 20 tahun lalu kini terpaksa bergantung kepada ihsan jiran-jiran di Kampung Belakang Masjid Sungai Kob, Karangan, dekat sini.

Lebih menyedihkan, beliau yang kabur penglihatan juga terpaksa menguruskan empat anaknya dalam keadaan serba kekurangan.

Habshah berkata beliau tidak dapat bekerja kerana faktor usia lanjut, di samping penyakit rabun mata yang dihadapinya sejak beberapa tahun lalu.

Katanya kesempitan hidup juga menyebabkan dia tidak mampu membeli makanan dan ubat-ubatan untuk merawat diri sendiri.

Katanya bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hanyalah RM300 sebulan dan tidak mencukupi kerana terpaksa tanggung makan minum empat anaknya itu.

"Kadang-kadang kena minta dari jiran sekampung. Walaupun malu tapi saya bersyukur kerana mereka semua sudi membantu," katanya.

Habshah berkata selepas mendirikan rumahtangga dengan suaminya, Abu Bakar Din, kira-kira 60 tahun lalu, mereka dikurniakan enam anak.

Bagaimanapun, katanya seorang daripada anaknya telah meninggal dunia manakala seorang lagi telah mendirikan rumahtangga.

"Sementara empat lagi anak saya iaitu Mat Nayan, 62, Othman, 57, Ahmad, 55, dan Rahimin, 50, terencat akal sejak mereka diserang penyakit sawan masa kecil," katanya.

Tambah Habshah, selepas kematian suaminya, dia terpaksa hidup berpindah-randah dengan bekerja mengambil upah sekitar ladang kelapa sawit di Karangan.

Bagaimanapun, disebabkan usia lanjut dan keadaan kurang mengizinkan, dia kemudian mengambil keputusan pulang ke kampung suaminya di Kampung Belakang Masjid Sungai Kob.

"Walaupun terencat akal, dengan bantuan anak-anak saya yang bekerja sambilan mengambil upah daripada penduduk kampung, saya dapat bina rumah ini untuk dijadikan tempat berteduh," katanya.

Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Merbau Pulas, Abdul Rahman Mahamud berkata, pihaknya akan berusaha mendapatkan bantuan daripada JKM bagi meringankan beban keluarga warga emas itu.

"Kita akan berbincang dengan JKM untuk hulurkan bantuan tambahan kepada Mat Nayan selaku warga emas sebanyak RM300 sebulan sementara Othman, Ahmad dan Rahimin pula masing-masing boleh mendapat bantuan orang kurang upaya (OKU) sebanyak RM100 sebulan," katanya.

Beliau juga menyeru orang ramai yang bersimpati supaya menghulurkan bantuan bagi membolehkan keluarga tersebut menikmati keadaan hidup dengan lebih sempurna.

Orang ramai yang bersimpati dengan nasib Habshah, boleh menghulurkan bantuan menerusi alamat, Kampung Belakang Masjid Sungai Kob, 09700 Karangan, Kedah atau menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Kampung Sungai Kob, Mohd. Safah Ismail di talian 013-4219402. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan