Sultan Selangor Lantik 5 Jaksa Pendamai

Diterbitkan: Khamis, 18 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (tiga kiri) ketika bergambar kenangan bersama ahli Jaksa Pendamai Selangor pada upacara pelantikan mereka di Istana Bukit Kayangan di sini, hari ini. Seramai lima ahli dilantik Jaksa Pendamai dan seorang Pelukis Diraja pada upacara itu. Ahli Jaksa Pendamai Selangor terdiri daripada (dari kiri) Supramaniam A/L Sinnasamy, Datuk Dr.Low Bin Tick, Datuk Razman Md Hashim, Datuk Seri Wong Chun Wai dan Datuk Dr.Jamaluddin Tengku Mahmud Shah Alhaj. - Foto THE STAR oleh KEVIN TAN

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini melantik lima orang Jaksa Pendamai yang merupakan pelantikan buat pertama kali dalam pemerintahan baginda.

Dalam satu istiadat di Istana Bukit Kayangan di sini pagi tadi, kelima-lima mereka mengangkat sumpah di hadapan baginda dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan Jaksa Pendamai di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Wira Mohtarudin Baki.

Mereka yang menerima pelantikan itu ialah Orang Besar Daerah Sepang, Prof Datuk Dr Tengku Jamaluddin Tengku Mahmud Shah, Pengerusi Multi-Purpose Bhd Datuk Razman Md Hashim, Ketua Pengarang Kumpulan akhbar The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai, Pemerintah Agung St John Ambulans Malaysia Datuk Dr Low Bin Tick dan Setiausaha Kehormat The Pure Life Society, S.Supramaniam.

Pada majlis itu baginda juga melantik Azman Yusof, 54, seorang pelukis sepenuh masa sebagai Pelukis DiRaja Selangor.

Pelantikan Jaksa Pendamai dan Pelukis DiRaja itu berkuatkuasa 1 Januari tahun ini. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan