"Saya Tidak Campur Tangan Dalam Pemilihan MCA," Kata Najib

Diterbitkan: Khamis, 18 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak campur tangan mahupun terlibat dalam pemilihan MCA pada 28 Mac ini.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata beliau mahu agar kepimpinan MCA ditentukan oleh anggota parti sendiri tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak luar dan perkara ini telah diterangkan kepada semua pihak yang terlibat dalam pemilihan itu.

"Saya tidak terlibat dalam pemilihan MCA dan saya mahu supaya sesiapa pun yang dipilih untuk memimpin MCA nanti akan merupakan yang dipilih oleh anggota MCA sendiri dan bukan kerana ditunjukkan oleh saya atau sesiapa sekali".

"Ini adalah satu prinsip yang penting bagi diri saya untuk saya terangkan bahawa pemilihan ini bebas daripada sebarang campur tangan daripada luar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan bilik pameran kereta Audi di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya tersebarnya khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya bekas presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting mendapat restu beliau untuk bertanding semula jawatan itu.

"Saya tanya Ka Ting dan beliau kata tidak. Jadi ia adalah satu misteri dari mana ia datang, tidak semestinya daripada Ka Ting. Kita tidak tahu, boleh jadi "reverse psychology", kata beliau.

"Apa-apa boleh berlaku dan apa-apa berkemungkinan dalam pemilihan," kata Najib.

Semalam, bekas Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendedahkan penyebaran SMS yang mendakwa hasrat Ong untuk bertanding jawatan presiden MCA direstui Perdana Menteri dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehingga kini, Ong dan penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat telah mengumumkan akan bertanding jawatan itu.

Penamaan calon dijadualkan pada Isnin ini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan