Hari Keputeraan Sultan Johor, Hari Hol Almarhum Dipinda - Berita Semasa | mStar

Hari Keputeraan Sultan Johor, Hari Hol Almarhum Dipinda

Diterbitkan: Khamis, 18 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Sambutan ulang tahun hari keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah dipinda daripada 8 April kepada 22 November.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor dalam satu kenyataan berkata Hari Hol Almarhum turut dipinda daripada 19 Jun 2010 kepada 11 Januari 2011.

Sultan Ibrahim yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor kelima pada 23 Jan lepas, iaitu sehari selepas kemangkatan ayahanda baginda, telah berkenan terhadap pindaan tarikh-tarikh itu, kata kenyataan tersebut. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan