ATM Nafi Sokong Pembentukan Kerajaan 16 September 2008

Diterbitkan: Khamis, 18 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Abdul Aziz Zainal hari ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyokong usaha pembentukan kerajaan baru yang dirancang pada 16 September 2008 dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri.

Beliau menyifatkan dakyah seperti itu bertujuan menarik hati rakyat supaya menyokong ketua pembangkang tersebut.

"Kita (ATM) tahu Barisan Nasional (BN) memang mendapat sokongan rakyat pada ketika itu dan itu hanya komplot pembangkang untuk memenangi hati rakyat," katanya kepada pemberita selepas perasmian bangunan baru Zetro Centre of Excellence di Subang dekat sini.

Abdul Aziz mengulas pendedahan anggota Parlimen Bebas dari Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim di Dewan Rakyat semalam dengan mendakwa Anwar merancang membentuk kerajaan baru dengan meyakinkan wakil pembangkang kononnya Yang di-Pertuan Agong merestui Anwar sebagai Perdana Menteri manakala Angkatan Tentera juga menyokong pelantikan itu.

"ATM kecewa dengan dakyah yang dilemparkan dan kita sebuah institusi pertahanan negara tidak akan goyah dengan dakwaan yang dilemparkan," kata Abdul Aziz.

Abdul Aziz berkata pemimpin-pemimpin ATM yang diketuainya ketika itu masih waras dan tidak mudah terpedaya dengan dakwaan sedemikian.

Ditanya sama ada pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang ekoran dakwaan itu, beliau berkata jika dakwaan itu melampaui batas atau merosakkan kesetiaan dan emosi anggota ATM, pihaknya akan mengambil tindakan.

"Ketika itu, ada wartawan yang menanyakan soalan sama ada ATM akan menyokong pembentukan kerajaan baru pada 16 September itu, saya berkata tarikh itu merupakan sambutan Hari ATM," katanya.

Beliau berkata dakwaan yang dilemparkan itu bertujuan untuk memenangi hati rakyat semata-mata, malah beliau sendiri tidak pernah berjumpa dengan Anwar ketika itu.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dakwaan seperti yang didedahkan Zahrain itu merupakan satu pembohongan oleh pembangkang untuk menawan hati rakyat.

"Tidak ada satu pun ahli Parlimen daripada BN yang menyertai pembangkang sebaliknya beberapa ahli pembangkang yang bertindak keluar parti menjadi Anggota Parlimen Bebas dan bersahabat dengan BN.

"Jangan dijaja nama ATM sebagai institusi yang mendapat keyakinan rakyat sejak turun-temurun malah tidak ada warga ATM yang mempercayai dakwaan itu," kata Ahmad Zahid selepas merasmikan bangunan baru itu yang merupakan pusat penyelenggaraan aset ATM. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan