Anggota Parlimen BN Sifatkan Anwar Tidak Hormati Tuanku Mizan

Diterbitkan: Khamis, 18 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin ketika membahaskan usul menjunjung kasih pada persidangan Dewan Rakyat hari ini disifatkan anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) sebagai tidak menghormati Ketua Negara.

Masing-masing melihat Ketua Pembangkang itu cuba mempersenda titah Yang di-Pertuan Agong kerana beranggapan draf titah perasmian itu disediakan kerajaan untuk memuji kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata walaupun pada kebiasaannya draf titah disediakan Jabatan Perdana Menteri (JPM) namun draf akhir adalah di atas kebijaksanaan Istana Negara dan harus mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Jadi sudah tentu Istana Negara dengan kepakaran yang mereka miliki boleh membuat sebarang pindaan dan saya kira itu yang telah berlaku. Saya tak nampak yang JPM sendiri mendrafkan sesuatu untuk menaikkan nama Perdana Menteri.

"Itu satu prinsip yang perlu difahami dan dipegang semua pihak. Jadi saya kira tak wajar Yang Berhormat Permatang Pauh (Anwar) membuat tuduhan bahawa ini satu cara untuk (Perdana Menteri) mengangkat diri sendiri," kata Anggota Parlimen Jerlun itu ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula berpendapat sebagai pemimpin Anwar tidak seharusnya membangkitkan perkara itu memandangkan titah perasmian tersebut adalah hak mutlak Yang d-Pertuan Agong.

"Itu hak Tuanku, jika ada (itu pun kalau ada) draf dari mana-mana pihak Tuanku mesti baca terlebih dulu, kalau baginda rasa tidak boleh dan bercanggah baginda tidak akan sebut, kita tidak boleh halang baginda, tolonglah beradab sikit," kata Anggota Parlimen Semporna itu.

Anggota Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Harun berkata sebagai rakyat semua pihak termasuk Anwar harus menghormati titah Tuanku Mizan itu.

"Ketika semua pihak memberi perhatian kepada titah baginda, jangan sesekali kita mempertikaikannya. Pihak yang mempertikaikannya patut dikenakan tindakan," katanya.

Anggota Parlimen Sri Gading Datuk Mohamed Aziz pula menyifatkan tindakan Ketua Pembangkang mempertikaikan titah yang di-Pertuan Agong secara terbuka sebagai tidak beradab.

"Tidak ada satu kecatatan dan kesalahan dalam ucapan Tuanku itu dan sepatutnya ia tidak dipertikaikan. Ini seolah-olah mempersenda, mempertikaikan ucapan Tuanku," katanya.

Anwar semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong hari ini antara lain mempertikaikan kandungan titah itu yang disifatkanya sebagai banyak memuji kepimpinan Najib. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan