Rosmah Ingatkan Chong Wei Agar Tidak Leka Dengan Kejayaan

Diterbitkan: Rabu, 17 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor semalam mengingatkan pemain perseorangan nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei agar tidak leka dengan kejayaan yang diperolehi pada kejohanan badminton All England baru-baru ini.

Sebaliknya, Rosmah yang juga penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu mahu juara perseorangan lelaki All England tersebut menumpukan sepenuh perhatian kepada kejohanan Piala Thomas pada Mei ini.

"Sekarang Chong Wei kena tumpu pada Piala Thomas pula. Dah janji nak menang," katanya kepada Chong Wei ketika jaguh badminton negara itu membuat kunjungan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Rosmah di kediaman mereka, di Jalan Duta di sini semalam.

Sementara itu Chong Wei pula mengaku beliau menelefon isteri Perdana Menteri itu setiap kali sebelum dan selepas turun ke gelanggang sepanjang kejohanan All England berlangsung bagi mendapatkan suntikan semangat.

Rosmah yang berbangga dengan kejayaan Chong Wei juga mengingatkan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Beijing itu agar tidak alpa dengan pelbagai anugerah dan insentif yang diberi kepadanya selepas merangkul kejuaraan di All England.

Mengulas perkara berkaitan, Rosmah meminta agar satu analisis dilakukan ke atas prestasi pemain badminton negara yang disifatkan beliau seperti 'yoyo' atau bermain mengikut 'mood'.

"Kejap menang, kejap kalah. Kita kena kaji kenapa boleh jadi begini," katanya.

Beliau turut mengingatkan BAM agar tidak mengabaikan latihan kepada pemain-pemain lain yang akan bertanding dalam pertandingan Piala Thomas dan Piala Uber Mei ini akibat terlalu menumpukan perhatian terhadap Chong Wei.

"Kena bagi perhatian pada pemain lain juga. Ini pertandingan berpasukan," katanya.

Majlis selama sejam itu turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan jurulatih perseorangan badminton negara Datuk Misbun Sidek. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan