Lima Buah Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sitiawan

Diterbitkan: Rabu, 17 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Lima keluarga terselamat apabila rumah yang didiami mereka musnah dalam satu kebakaran membabitkan kerugian lebih RM300,000 di Taman Kenanga, Kampung Baru, Ayer Tawar, Sitiawan hari ini.

Penolong Kanan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Sitiawan, P.Samasuvam berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 12.51 tengahari tadi membabitkan lima buah rumah.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana kesemua penghuni bertindak pantas menyelamatkan diri selepas menyedari api merebak dengan cepat, katanya ketika dihubungi di sini.

Samasuvam berkata pihaknya mengambil masa kira-kira 45 minit untuk mengawal kebakaran dan ketika pasukan bomba tiba kesemua rumah berkenaan telah 80 peratus terbakar berikutan cuaca panas.

Punca kejadian masih disiasat, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan