KPDNKK Percepat Pinda Akta Berkaitan Harta Intelek

Diterbitkan: Rabu, 17 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mempercepatkan pindaan Akta Perihal Dagangan 1972, Akta Hakcipta 1987, Akta Paten 1983 dan Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 bagi mempertingkatkan perlindungan harta intelek sektor industri tempatan.

Dijangka mula dibentangkan di Parlimen Jun ini, pindaan itu dibuat ekoran kegagalan banyak syarikat terutama di kalangan industri kecil dan sederhana (IKS) membuat pendaftaran.

Ia disebabkan beberapa faktor termasuk tempoh kelulusan pendaftaran yang mengambil masa terlalu lama iaitu antara dua hingga empat tahun.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, KPDNKK melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) merangka inisiatif untuk menambah kesedaran di kalangan pengusaha IKS yang rata-rata masih rendah tentang pentingnya melakukan pendaftaran bagi paten dan cap dagangan berbanding sektor korporat.

"Tahap kesedaran tentang paten dan cap dagangan masih terlalu rendah, mereka tidak faham pendaftaran itu penting sehinggalah apabila produk atau jenama ditiru sekali gus mengakibatkan kerugian kepada syarikat.

"Sayang sekali kerana sebahagian besarnya merupakan produk baru yang bagus dan berkualiti tinggi dengan pembungkusan menarik, berpotensi besar," katanya pada sidang akhbar di Menara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di sini hari ini.

Beliau sebelum itu mempengerusikan Majlis Rundingan KPDNKK dengan agensi kerajaan, sektor swasta dan institusi pengajian tinggi (IPT) bagi membincangkan resolusi berkaitan harta intelek yang diserahkan oleh pihak industri.

Menerusi rundingan itu kata Ismail Sabri, jangka masa kelulusan dikurangkan kepada maksimum 18 hingga 32 bulan bagi pendaftaran paten dan hak cipta.

Di samping itu, kelewatan proses pendaftaran juga didakwa tertangguh berikutan kurangnya pemeriksa berkelayakan yang memastikan ketulenan dan keaslian produk dari segala aspek termasuk jenama, kualiti, teknologi pembuatan dan kaedah pembungkusan.

Justeru langkah pengambilan 50 pemeriksa baru sebagai tambahan kepada 97 kakitangan sedia ada juga sedang diusahakan.

KPDNKK juga memperbanyakkan kursus latihan profesional dan memperbaharui teknologi sedia ada untuk menggalakkan lebih ramai pengusaha IKS melindungi ciptaan produk masing-masing.

Tambah beliau lagi, bayaran pendaftaran rendah untuk hak cipta RM700 dan paten (RM1,050) tidak termasuk yuran guaman juga sepatutnya meringankan bebanan pengusaha melaksanakan tanggung jawab berbuat demikian.

"Pengusaha perlu faham bahawa produk mereka akan dilindungi selama 20 tahun selepas didaftarkan hak cipta atau paten.

"Ini mampu memacu pertumbuhan sektor IKS tempatan yang berpotensi besar," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan