Kejayaan Dalam Pilihan Raya Bukan Bergantung Pada Satu Faktor Sahaja - Najib

Diterbitkan: Rabu, 17 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejayaan atau kekalahan sesuatu parti dalam pilihan raya tidak bergantung di atas satu faktor semata-mata, sebaliknya meliputi pelbagai aspek, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Faktor kejayaan pilihan raya tidak disebabkan oleh satu faktor sahaja. Ada beberapa faktor yang kita perlu ambil kira, yang boleh menyumbang kepada keputusan pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei yang baru merangkul juara All-England di kediamannya di Taman Duta semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting untuk bertanding semula dalam pemilihan parti itu 28 Mac ini yang dikhuatiri sesetengah pihak akan menggugat prestasi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Ong semalam mengumumkan bahawa beliau akan bertanding jawatan presiden parti itu. Sabtu lepas, Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat mengumumkan beliau akan mempertahankan jawatan itu pada pemilihan 28 Mac ini.

"Kita tidak boleh kata kepimpinan Ong Tee Keat ataupun Ong Ka Ting sahaja sebagai faktor kekalahan (dalam pilihan raya), ia merupakan satu keadaan dan situasi sahaja, kena ambil kira beberapa faktor yang lain," katanya.

Najib menyerahkan kepada anggota MCA untuk memastikan krisis parti dapat diatasi segera melalui pemilihan kepimpinan baru.

"Apa yang baik untuk MCA, terserah kepada ahli-ahlinya untuk menentukan.

"Apa yang penting krisis MCA dapat diatasi dengan seberapa segera yang boleh dan kepimpinan MCA (yang baru) boleh diterima, bukan saja oleh ahli, tetapi oleh masyarakat kaum Cina secara keseluruhannya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan