Setiap Kategori Sekolah Diwujudkan Untuk Tujuan Khusus - Berita Semasa | mStar

Setiap Kategori Sekolah Diwujudkan Untuk Tujuan Khusus

Diterbitkan: Selasa, 16 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiap kategori sekolah yang diwujudkan di bawah sistem pendidikan negara sekarang mempunyai tujuan tertentu,demikian persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata setiap tujuan itu pula adalah untuk memenuhi agenda pendidikan yang telah ditentukan.

'Smart school' yang kini berjumlah 88 buah misalnya bertujuan menumpukan kepada pembelajaran secara interaktif berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), katanya menjawab soalan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang), di Parlimen di sini.

Wee berkata sekolah premier pula yang kini berjumlah 48 buah bertujuan memperkukuh unsur sejarah dan tradisi yang menjadi kebanggaan negara.

Sekolah kawalan yang berjumlah 103 buah merupakan satu label yang diberi Jabatan Pelajaran Negeri bagi mengawal kemasukan murid dan bertujuan menjadikannya sekolah cemerlang, sementara sekolah kluster (120 buah) merupakan sekolah yang menunjukkan kecemerlangan dalam kelompoknya mengikut kebitaraan masing-masing, kata Wee.

"Sekolah berprestasi tinggi pula adalah pengiktirafan yang diberikan kepada sekolah-sekolah yang telah menunjukkan kecemerlangan secara berterusan dan mengekalkan kecemerlangan daripada pelbagai aspek sejak sekian lama," katanya.

Saifuddin ingin tahu bilangan sekolah dalam kategori-kategori seperti 'smart school', sekolah kluster, sekolah premier, sekolah kawalan dan sekolah berprestasi tinggi (SBT) serta klasifikasi sekolah lain yang akan dilaksanakan oleh kementerian pada masa akan datang.

Menjawab soalan tambahan Saifuddin, beliau berkata kerajaan tidak mengabaikan sekolah-sekolah berprestasi rendah kerana pelbagai usaha dilaksana bagi membolehkan sekolah berkenaan meningkatkan kualiti masing-masing.

"Menteri Pelajaran (Tan Sri Muhyiddin Yassin) berkata sekolah-sekolah yang gagal masuk kategori SBT ada cara untuk bimbing mereka, ada program peningkatan dan bimbingan (antara sekolah itu) dengan SBT," katanya.

Kepada satu lagi soalan tambahan oleh Mohsin Fadzli Samsuri (Bebas-Bagan Serai), Wee berkata kementerian akan mengenalpasti pelajar cemerlang dalam peperiksaan awam, terutama pelajar luar bandar dan miskin untuk ditempatkan di sekolah berasrama penuh.

"Kalau kapasiti tak cukup untuk tampung, kita ada sekolah kawalan dan sekolah premier untuk pastikan anak-anak miskin mendapat pendidikan terbaik hingga ke peringkat universiti," katanya. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan