Rosmah Ingatkan Chong Wei Agar Tidak Leka Dengan Kejayaan - Berita Semasa | mStar

Rosmah Ingatkan Chong Wei Agar Tidak Leka Dengan Kejayaan

Diterbitkan: Selasa, 16 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mengingatkan pemain perseorangan nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei agar tidak leka dengan kejayaan yang diperolehi pada kejohanan badminton All England baru-baru ini.

Sebaliknya, Rosmah yang juga penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu mahu juara perseorangan lelaki All England tersebut menumpukan sepenuh perhatian kepada kejohanan Piala Thomas pada Mei ini.

"Sekarang Chong Wei kena tumpu pada Piala Thomas pula. Dah janji nak menang," katanya kepada Chong Wei ketika jaguh badminton negara itu membuat kunjungan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Rosmah di kediaman mereka, di Jalan Duta di sini hari ini.

Sementara itu Chong Wei pula mengaku beliau menelefon isteri Perdana Menteri itu setiap kali sebelum dan selepas turun ke gelanggang sepanjang kejohanan All England berlangsung bagi mendapatkan suntikan semangat.

Rosmah yang berbangga dengan kejayaan Chong Wei juga mengingatkan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Beijing itu agar tidak alpa dengan pelbagai anugerah dan insentif yang diberi kepadanya selepas merangkul kejuaraan di All England.

Mengulas perkara berkaitan, Rosmah meminta agar satu analisis dilakukan ke atas prestasi pemain badminton negara yang disifatkan beliau seperti 'yoyo' atau bermain mengikut 'mood'.

"Kejap menang, kejap kalah. Kita kena kaji kenapa boleh jadi begini," katanya.

Beliau turut mengingatkan BAM agar tidak mengabaikan latihan kepada pemain-pemain lain yang akan bertanding dalam pertandingan Piala Thomas dan Piala Uber Mei ini akibat terlalu menumpukan perhatian terhadap Chong Wei.

"Kena bagi perhatian pada pemain lain juga. Ini pertandingan berpasukan," katanya.

Majlis selama sejam itu turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan jurulatih perseorangan badminton negara Datuk Misbun Sidek. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan