Penjaga Untuk Siti Zubaidah : Shahrizat

Diterbitkan: Selasa, 16 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penjaga akan dilantik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menjaga Siti Zubaidah Hussin, kanak-kanak berumur 11 tahun yang dilaporkan dibenarkan oleh bapanya berkahwin dengan pemimpin sebuah kumpulan tabligh 30 tahun lebih tua daripadanya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata jabatan itu akan mencari calon yang sesuai bagi menjaga kanak-kanak tersebut yang kini berada dalam jagaan ibunya di Hospital Sungai Buloh di sini.

"Kita akan menggunakan Akta Perlindungan Kanak-kanak untuk menjaganya tetapi daripada siasatan, kita mendapat tahu dia mahu tinggal bersama bapa saudaranya. Terpulang kepada mahkamah untuk tentukan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Siti Zubaidah, berasal dari Kuala Krai, Kelantan, pada mula tidak dapat dikesan setelah keluar dari rumah bersama bapanya pada 20 Feb lepas. Dia ditemui di Masjid Al-Ikhwan di Taman Samudera dekat Batu Caves di sini pada Jumaat lepas.

Ketika ditanya sama ada kumpulan tabligh yang diketuai lelaki bergelar "Shamsuddin Ajaib" itu akan dikenakan tindakan, Shahrizat berkata perkara itu bukan terletak dalam bidang kuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tetapi perlu diserahkan kepada pihak berkuasa.

"Semalam saya telah bincang dengan Peguam Negara dan Ketua Polis Negara supaya memberikan keutamaan pada kes ini, dan jika didapati melanggar sama ada undang-undang syariah atau sivil, tindakan mesti diambil secepat mungkin," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan