Penangguhan Bacaan Kedua GST Bukan Kerana Pembangkang

Diterbitkan: Selasa, 16 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penangguhan bacaan kedua Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada sesi Parlimen sekarang ini bukan kerana kerajaan tunduk kepada desakan pihak pembangkang.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata langkah itu malah dilakukan untuk membolehkan kerajaan mendapatkan pandangan rakyat dengan lebih mendalam.

"Kerajaan membuat keputusan supaya ditangguhkan (pembacaan Rang Undang-Undang GST) untuk mendapatkan lebih makluman dari masyarakat," katanya.

"Ini bukan kerana pembangkang, tetapi kerana rakyat didahulukan. Di dalam memberi keutamaan kepada rakyat, kita ingin mendengar pandangan mereka mengenai perkara itu," katanya ketika menjawab soalan Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) mengenai dasar-dasar kerajaan di Dewan Rakyat di sini hari ini. Rang undang-undang GST dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Parlimen pada Disember lepas, dan dicadang untuk dikuatkuasakan pada suku ketiga tahun depan, dengan matlamat untuk melebarkan asas cukai dan mengurangkan defisit negara.

Menyentuh soal subsidi petrol pula, Husni berkata kerajaan juga sedang mengkaji cara-cara untuk mengurangkan subsidi tersebut secara perlahan-lahan selain menjaga kepentingan kumpulan yang mudah terkena kesan pengurangannya.

"Ini penting demi masa depan negara di mana subsidi perlu digunakan dalam sektor-sektor yang lebih produktif," katanya.

Katanya insentif subsidi petrol yang disediakan kerajaan pada tahun lepas berjumlah RM32.1 bilion, menjadikan Malaysia sebuah negara pemberi subsidi (petrol) terbesar di dunia. Mengenai isu penyeliaan dan pengawalan petrol kepada bukan warganegara yang turut ditanya oleh Nasharudin, Husni berkata kenderaan warga asing yang membeli lebih daripada 20 liter petrol dalam kawasan berjejari 50 km dari sempadan akan disita.

Beliau juga menggesa supaya pihak penguatkuasa meningkatkan lagi pemantauan terhadap aktiviti penyeludupan petrol ke luar negara.

"Kedua-dua isu ini dipandang berat kerajaan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan