Pegawai Tadbir Kelantan Ikrar Taat Kepada Pemangku Raja, Sultan Kelantan

Diterbitkan: Selasa, 16 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Persatuan Pegawai Tadbir Negeri (PPTN) Kelantan hari ini menyatakan sokongan dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Sultan Kelantan serta Pemangku Raja Kelantan.

Presidennya Shafie Ismail berkata, keputusan itu dibuat sebulat suara oleh kesemua 183 anggota persatuan itu dalam mesyuarat yang berlangsung di rumah persatuan di sini hari ini.

Beliau berkata, pendirian PPTN itu selari dengan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan bahawa Pemangku Raja adalah pemerintah yang sah pada masa ini berikutan pelantikan baginda sebagai Pemangku Raja Kelantan.

Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata, PPTN amat kesal dan kecewa berikutan penyebaran risalah serta tulisan melalui blog yang memburuk-burukkan pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, perbuatan itu bermotifkan kepentingan individu atau pihak yang mempunyai agenda tertentu.

Ditanya rasional sidang akhbar itu diadakan ketika pihak istana berdepan kemelut dalaman berikutan kegeringan Sultan Kelantan, Shafie berkata, ia tiada kena mengena dengan isu berkenaan.

"Sebenarnya sudah lama kami rasakan untuk mengeluarkan kenyataan tetapi hari ini secara kebetulan keputusan ini dibuat selepas mesyuarat persatuan ini," katanya.

Sehubungan itu katanya, demi kepentingan rakyat negeri ini, persatuan itu menyarankan agar tidak ada mana-mana pihak cuba mengambil kesempatan untuk menimbulkan keadaan kurang harmoni antara pihak istana, pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Kelantan dan pegawai-pegawai kanan serta rakyat jelata.

Shafie berkata, PPTN Kelantan mendoakan semoga Sultan Kelantan dan Raja Perempuan Kelantan akan dikurniai kesihatan serta kesejahteraan oleh Allah S.W.T. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan